Enaknya jika dapat menikmati Kuih Cakoi Goreng panas-panas di waktu begini. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Susu pekat manis pun boleh. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Sophea Amri. Sangat mudah dan pasti menjadi. HAnya guna 4 bahan sahaja.
CARA MEMBUAT KUIH CAKOI GORENG 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
3/4 cawan air suam
1/2 sudu teh yis – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je)
2.Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli bersama selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.
3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.
4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan.
5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.
6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.
NOTA: Empunya resipi suka buat kecil-kecil sebab layan makan satu persatu, masuk mulut dan rangup gebu. Kalau nak buat besar-besar pun boleh.
Kredit resipi & foto: Sophea Amri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official