Sana sini orang muat naik gambar rambutan. Al maklumlah tengah musim sekarang ni kan.
Tapi kalau dah banyak rambutan, macam mana nak simpan? Silap haribulan terbiar macam tu je.
Jadi, dari terjatuh busuk, baik ambil buat rambutan asam boi. Cara buat pun mudah sangat.
Hasil perkongsian Dewi Fairuz Ruhaiza Kamarudin ini membuatkan kecur air liur tengok rambutan asam boi ni.
JERUK RAMBUTAN ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
Buah rambutan
Asam boi – beli online DI SINI
Cili padi hijau | dihiris menyerong – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Chicken Cheese Shawarma Wrap
TONTON Minit Ekspress: 4 Pilihan Wrap Viral
CARA-CARA:
1.Kupas kulit rambutan terlebih dahulu.
2. Kemudian, sediakan dua bekas berasingan. Buang biji rambutan.
3. Hiris dua isi rambutan. Atau jika suka, boleh hiris halus tapi jangan terlalu halus pula ye.
4.Gaulkan isi rambutan dengan asam boi dan cili padi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi: Dewi Fairuz Ruhaiza Kamarudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: