Mudahnya, Begini Cara Buat Tapai Ubi Yang Sedap, Lembut & Manis

Share

Sedapnya Tapai Ubi. Tapai ini selain dimakan terus, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menikmati bersama Cendol, dijadikan kek, dibuat apam, digoreng bersama tepung seperti pisang goreng dan macam-macam lagi.

Menerusi perkongsian saudari Elianti Jawahir, beliau kongsikan cara membuat Tapai Ubi menggunakan ragi yang dibuat sendiri oleh ibunya.

Salah satu petua membuat Tapai Ubi adalah, segala periuk dan perkakas yang digunakan untuk membuat tapai perlulah bersih dari bau-bauan minyak. Jika tidak, tapai tidak akan menjadi.

Ha… Kena ikut tau petua ni. Jom cuba buat sendiri. Sangat mudah caranya. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

RESIPI TAPAI UBI KAYU HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
Ubi kayu
Ragi – beli online disini
CARA MEMASAK:

1.Bersihkan dan kupas kulit ubi kayu.

2. Di bawah air mengalir, kikis permukaan tersebut hingga rata.

3.Selepas dikikis, basuh bersih-bersih hingga kesat.


4.Potong ubi tadi dan toskan.


5.Rebus ubi hingga empuk. Peringatan kalau nak buat Tapai Ubi ke Tapai Pulut ke, masa masak jangan letak garam. Rebus kosong sahaja.


6.Bila sudah empuk, toskan ubi dari air rebusan tadi.


7. Sejukkan ubi yang sudah direbus empuk tadi dalam talam.


8. Bila ubi sudah sejuk, ragikan ubi tadi.


9.Caranya ialah ambil tapis teh kemudian pecahkan ragi.


10.Tabur serbuk ragi hingga rata.


11.Simpan ubi dalam bekas yang bertutup sekurang-kurangnya 2 malam.


12.Bila tapi sudah masak elok, masukkan dalam peti sejuk.


13. Tapai enak ini sedap dimakan sejuk-sejuk.

Kredit resipi & foto: Elianti Jawahir

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur