Resipi Ayam Bakar antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa. Tidak susah pun hendak menyediakan menu Ayam Bakar kerana hanya dengan menggunakan air fryer, kita boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat. Selain menu yang sihat kerana tidak perlu menggunakan minyak, menu Ayam Bakar menjadi menu pembuka selera seisi keluarga. Mari kita cuba resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
RESIPI AYAM BAKAR AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram –BELI ONLINE DI SINI
3 sudu sos cili-BELI ONLINE DI SINI
4 ulas bawang putih –BELI ONLINE DI SINI
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juice.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)
BELI ONLINE AIR FRYER DI SINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official