Kalau rindu nak makan Twister yang dijual di KFC, jom kita buat sendiri chicken wrap ala KFC di rumah. Buat sendiri tentunya lagi puas hati. Memang sedap dan rangup serta mengenyangkan. Kami kongsikan resipi lengkap yang dikongsi oleh Puan NorAzizah Razali.
CHICKEN WRAP ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla
Isi ayam | bahagian dada & potong kecil-kecil
Salad
Tomato
Lobak | dihiris halus
Timun | dihiris halus
Cheese
Mayonis
Sos thousand island
Tepung kentucky | salutkan pada ayam
CARA PENYEDIAAN:
1. Bakar roti tortilla di dalam oven lebih kurang 2 hingga 3 minit.
2. Salut ayam dengan tepung kentucky. Kemudian goreng hingga kekuningan.
Ads
3. Sapu rata mayonis di atas roti tortilla dan letak bahan-bahan: ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island.
Jejari ubi keledek versi cucur udang sangat sedap jika dihidangkan ketika minum petang. Rangup bila dimakan buatkan kamu susah nak berhenti mengunyah. Jangan simpan lama-lama resipi segera cuba ya!
RESIPI JEJARI UBI KELEDEK GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji ubi keledek di sagat rendam dalam air garam.
3 cawan tepung gandum*
2 cawan tepung jagung*
1 biji telur*
Garam, serbuk black paper serbuk* kunyit kalau nak pedas letak cili flake*
Air kiub.
Udang tuk letak diatas
CARA MEMASAK:
Gaul sebati semua yang bertanda *. masukan ais kiub kalau yang kiub kecil masukan dalam 2 gelas kacau sebati ais hancur adunan ni kena cair ya.
Last masukkan keledek sagat tadi gaul hingga sekata.
Minyak menggoreng biar tenggelam adunan tersebut, minyak biar betul2 panas.
Masukan adunan gunakan sudu atau senduk dan celup udang dalam adunan & letak di atas adunan keledek goreng dan balik2kan nampak garing angkat toskan.
Dah selesai boleh dimakan dengan cili sos. Kruk krak… Sedap sangat. Selamat mencuba
Sajian berlemak serta bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan. Terasa puas bila menikmatinya. Tapi kurang bagus untuk kesihatan jika dimakan selalu. Oleh itu, bagi yang memang gilakan lauk ni, RASA kongsikan beberapa resipi masak lemak tapi dalam versi yang kurang santan dan sedap. Anda boleh cuba sendiri di rumah.
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam – potong kecil
2 biji ubi kentang – potong dadu
500ml susu rendah lemak atau susu sejat
10 biji cili padi hijau
4cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
1 sudu makan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada susu, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu. Didihkan hingga semua bahan empuk.
Masukkan separuh lagi susu, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.
2. AYAM PERCIK BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam – bahagian paha
250ml susu rendah lemak
1/2 sudu teh air asam jawa
3 biji merah
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai – ketuk
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak sayur untuk menggoreng
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah lalu bakar di atas pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Bawang merah, bawang putih dan cili merah dikisar halus. Halia pula dimayang halus. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bahan-bahan kisar, serai dan halia hingga naik bau. Jika terlalu kering, tambah sedikit air atau stok rebusan ayam/sayur.
Masukkan susu, air asam jawa, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Bila kuah keliahtan hampir pekat, tuang ke atas ayam bakar dan sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan merah
3 biji terung bulat – potong dua atau empat
400ml santan kotak rendah lemak – campurkan 150ml air
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
3 keping asam keping/gelugur
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan ikan, terung dan asam keping. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KETAM LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ketam – bersihkan dan potong dua
½ biji nenas – potong kecil
1/2 tin susu sejat
3 biji cili merah – kisar
4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 batang serai – titik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah – hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan susu bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
Masukkan ketam dan nanas. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
5. LEMAK KUNING DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging salai – hiris nipis
600ml santan kotak rendah kolesterol
10 biji cili padi – tumbuk lumat
5 biji bawang merah – tumbuk lumat
3 biji bawang putih – tumbuk lumat
1 batang serai – ketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
6. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1-2 ketul ikan pari
400ml susu sejat atau rendah lemak
10 biji cili padi
5 biji bawang merah – tumbuk halus
3 biji bawang putih – tumbuk halus
3cm cekur – tumbuk halus
1 batang serai – ketuk
2 helai daun limau purut}siat
5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
Minyak zaitun untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan 3 sudu makan minyak zaitun. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
Tuang susu, tambah daun limau purut dan asam aur-aur. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan pari bakar ke dalam kuah dan masak seketika hingga kuah meresap pada ikan.
Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak, garam yang tinggi serta pengawet. Oleh itu, anda boleh cuba hasilkan makanan-makanan secara homemade untuk sajian keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah bebola daging homemade. Jom cuba!
MEATBALL HOMEMADE SEDAP MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
Bawang besar – hiris (anggaran 1 biji)
Bawang putih – hiris ( anggaran 2-3 ulas)
3-4 sudu makan serbuk roti
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Perasa – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Buang segala lemak pada daging dan hiris kecil. Kisar hingga halus. Nak guna daging kisar readymade pun boleh.)
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pengisar.
3. Kisar serbuk roti guna pengisar hingga halus.
4. Masukkan bawang, serbuk roti, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, gula dan telur ke dalam pengisar. Kisar sebati.
5. Bulat-bulatkan adunan dan goreng menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati ikut citarasa masing-masing.