Mudahnya Buat Kuih Bakar Pandan Ni, Adun Guna Blender Je .

Share

Kuih Bakar Pandan, antara menu kuih tradisi yang sentiasa disukai ramai kerana kenenakannya yang lemak manis dan lembut dikunyah. Sebenarnya korang, kuih ini sangat ringkas cara membuatnya dan ukuran bahan pun guna cawan je. Bahan pun senang. Apa lagi bolehlah cuba buat menggunakan cara senang ini.



.

KUIH BAKAR PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum gandum
  • 2 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 2 biji telur
  • Sedikit pes pandan, garam dan pewarna hijau,
  • 3/4 cawawan minyak masak.

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan tadi kecuali tepung dalam blender.
  2. Kisar hingga sebati, kemudian masukkan tepung.
  3. Kisar lagi hingga bancuhan tidak ada yang bergentel
  4. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega.
  6. Bakar hingga masak atau lebih kurang 45 minit
  7. Jika suka boleh taburkan di atasnya dengan bijan yang telah digoreng sangai.
    Kredit Resepi : Norizah othman
Published by
Norasida Myasin