Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
Ads
POPIAH GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
1 biji bawang merah | kisar kasar
250gm ayam kisar
½ batang lobak merah | hiris nipis
1 kotak Anchor Cooking Cream
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya | untuk kemasan popiah
Cara Memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan sejukkan inti.
Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
Resipi Lempeng Mozzarella Cheese yang sangat mudah dan enak dimakan ketika sahur dan juga berbuka. Lebih sedap jika dimakan bersama Ayam Sambal. Memang kombinasi yang cukup padu. Tak rugi cuba resipi ni. Yang penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
LEMPENG MOZZARELLA CHEESE WITH AYAM SAMBAL
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
80gm Perfect Italiano Mozzarella
80gm Perfect Italiano Perfect Melt
4 cawan air
30gm daun sup
Ayam Sambal | leftover
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Gaulkan semua bahan termasuk keju Perfect Italiano Mozzarella di atas hingga sebati.
Masak adunan satu persatu di atas kuali non stick.
Hidangkan bersama leftover Ayam Sambal.
Untuk melengkapkan hidangan, makan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Butter Cake merupakan antara kek yang menjadi kegemaran ramai. Datanglah berapa banyak kek viral, Butter Cake tetap menjadi pilihan hati. Makan panas-panas memang sedap. Nak lagi sedap, cuba masak menggunakan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Lagi sedap berlemak kek kita nanti. Jom cuba.
BUTTER CAKE
Bahan-bahan:
250gm Anchor Unsalted Butter | suhu bilik
220gm gula halus
6 biji telur
220gm tepung naik sendiri
120ml Fernleaf Susu UHT
1 sudu teh esen vanilla
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
Pukul gula dan Anchor Unsalted Butter sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, tepung naik sendiri dan Anchor Cheddar Cheese Slices. Gaul sebati secara perlahan.
Tuang di dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama satu jam.
Sedia untuk dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Roti Ayam Popcorn Berkeju, menu bersahur yang mudah dan tak guna banyak bahan. Memang senang sangat nak buat menu ni. Anda pasti puas hati sebab sedap. Lagi best kalau guna keju Anchor Cheddar Cheese Slices yang tinggi dengan protein dan kalsium serta gunakan Anchor Spreadable untuk menambah aroma. Sebagai pelengkap, boleh hidangkan Fernleaf CalciYum Strawberry Yogurt untuk anak-anak. Jom cuba.
ROTI AYAM POPCORN BERKEJU
Bahan-bahan:
5 keping roti sosej
Ayam popcorn secukupnya
1 sudu besar mixed herbs
3 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu besar Anchor Spreadable
2 sudu besar mayones
5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
Cara Memasak:
Masak ayam popcorn di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10 minit. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam popcorn bersama herba kering, bawang putih dan Anchor Spreadable hingga sebati.
Sapukan mayones pada roti, letakkan ayam popcorn yang telah diperap.
Letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices pada bahagian atas dan bakar hingga keju keperangan.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Strawberry Yogurt untuk kanak-kanak.