Makan

Mudahnya Buat Popiah Goreng Berkeju Yang Rangup & Sedap

Share

Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.

 

POPIAH GORENG BERKEJU

Bahan-bahan:

  • ½ cawan minyak masak
  • 8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
  • 1 biji bawang merah | kisar kasar
  • 250gm ayam kisar
  • ½ batang lobak merah | hiris nipis
  • 1 kotak Anchor Cooking Cream
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya | untuk kemasan popiah

Cara Memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
  3. Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream
    . Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  4. Angkat dan sejukkan inti.
  5. Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
    Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
  6. Goreng hingga keperangan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma