Ikan siakap stim, memang ramai yang suka. Antara hidangan wajib kalau makan di restoran Thai. Sedap betul rasa segar ikan, dengan masam limau dan pedas cili.
Jom kita masa ikan siakap stim menerusi resipi perkongsian daripada Zafirah Zawawi. Mudah dan ringkas sahaja resipinya. Sedap! Semua orang boleh buat.
Ada yang berhajat pergi berkelah hujung minggu nanti? Menu ikan panggang memang lazat jika dihidangkan. Tambah pula berkelah di tepi sungai. Ikan panggang ni makan dengan nasi panas-panas memang tak menoleh kiri dan kanan.
Ikan siakap panggang Bahan-bahan: Ikan siakap 3 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 batang serai sepotong halia sedikit cekur 1 sudu besar serbuk kunyit 4 sudu besar cili kering kisar sedikit cili api garam secukupnya
Cara membuat: 1.Kisar kesemua bahan untuk dijadikan pes. 2.Gaulkan pes pada ikan.
3.Taburkan potongan daun cekur. 4.Panggang di atas pan hingga masak. Kredit: Zainoor Aliza Ali
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul. 2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun. 3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin. 4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah. 5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api. 6. Sedia untuk dinikmati.
KREDIT RESIPI & FOTO: ZAT HERNANI
INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR TERBARU, BELI ONLINE DI SINI
Kalau terasa nak makan kari mamak, boleh je cuba buat sendiri. Resipi ini dikatakan gabungan antara kari cara mamak dan kari cara Melayu. Bolehlah cuba. Resipi dikongsikan oleh pengguna facebook, Bunga di facebook group RASA Share Resipi.
KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK
BAHAN ASAS
2 ketul kepala ikan nyok-nyok (basuh dan bersihkan dengan asam limau serta asam jawa)
BAHAN A
Minyak masak untuk menumis
1 sudu makan halba campur
4 ulas bawang merah (dipotong nipis)
5 tangkai daun kari (dikoyak untuk lebih menaikkan aroma apabila ditumis)
5 senduk makan minyak masak (dipanaskan dalam kuali dengan api yang kecil)
BAHAN B
3 bungkus kecil rempah kari
1 cawan air
BAHAN C
3 cawan santan pekat
2 cawan air asam jawa pekat
Air secukupnya
BAHAN D
10 biji kacang bendi (dipotong dua)
4 biji tomato masak (dibelah dua)
4 biji cili hijau (dibelah dua)
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumis BAHAN A sehingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau sebati dan biarkan pecah minyak dengan api perlahan.
3. Masukkan pula BAHAN C. Kacau sekata dan masukkan pula BAHAN ASAS iaitu kepala ikan. Biarkan mendidih sebentar supaya kepala ikan masak sekata. Kuah perlu dikacau sentiasa secara perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan BAHAN D. Tutup kuali. Biarkan mendidih perlahan supaya BAHAN D masak sekata.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.