Sedapnya Sup Ayam Thai ni. Bahan-bahannya cukup ringkas dan mudah malah sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudari Tengku Syazwanie ini boleh anda cuba.
RESIPI SUP AYAM THAI MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 5-6 ketul ayam (sediakan sedikit lemak ayam) 3 ulas bawang putih – tumbuk 1 hiris halia – tumbuk 1/2 biji bawang besar – mayang 2 biji bawang merah – mayang 2-3 batang serai saiz besar @ 5-6 batang jika serai halus – diketuk 4-5 helai daun limau purut 1/2 batang lobak merah 1/2 biji tomato 1 kiub pati ayam – beli online disini 1 sup bunjut – beli online disini 2 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 tangkai daun ketumbar Jus limau nipis Air secukupnya Garam dan perasa secukupnya Minyak masak untuk menumis
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai bersama hirisan lemak ayam sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan air dengan secukupnya. Bila telah hampir nak menggelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan hirisan lobak merah. Biar seketika. 3. Seterusnya masukkan sos ikan, tomato dan daun limau purut. 4. Perasakan sup dengan menambah garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Bila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan jus limau nipis. 6. Sebatikan dan Sup Ayam Thai sedia untuk dihidangkan.
Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
Bahan-bahan
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
Bahan Kisar
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
Bahan Hiasan
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur ayam rebus
• limau nipis / kasturi
Cara membuat
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
Cara Penyediaan
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Sekarang ni macam-macam jenis lempeng orang buat, tapi Lempeng Daun Bawang ni boleh tahan sedapnya. nipis lembut dan ada aroma daun bawang, memang layan dicicah dengan kari. Pendek kata sedar tak sedar tiga atau empat keping boleh habis, sesuai sangat ni kalau dijadikan hidangan sarapan mahupun minum petang. Tak percaya korang boleh cuba ye..
LEMPENG DAUN BAWANG BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
1 biji telur
1 cawan air 1/4 cawan susu
Secubit garam 1 sudu makan mentega
Daun bawang | hiris halus Sedikit cili benggala merah | dadu halus
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali daun bawang dan cili benggala di dalam blender.
Kisar hingga halus, jika terpekat tambah air dan terlalu cair tambah tepung.
Tuangkan dalam mangkuk dan campurkan hirisan daun bawang dan cili benggala.
Panaskan kuali leper non stick, olehkan sedikit mentega.
Setelah panas, tuangkan adunan lempeng menggunakan senduk bulat sebagai sukatan.
Buat sehingga habis.
Gulangkan lempeng dan guntingkannya.
Hidangkan bersama kuah kari atau sambal. Ikut cita rasa anda dan keluarga.
Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.
Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni sempena cuti hujung minggu ni, gerenti sedap tau.
1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan. 2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas. 3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya. 4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi. 5. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.
Saiz hidangan: 5-6 orang Waktu memasak: 50 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan kukus
2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
1000gm Kerapu | siang dan cuci
30gm Parsli Cina
10gm Cili padi | hiris
10gm Bawang putih cincang
10gm Halia cincang
30gm Hirisan halia
30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
10gm Kicap soya
5gm Kicap soya hitam
10gm Serbuk perasa
10gm Gula
100gm Air
10gm Minyak bijan
CARA MEMASAK: 1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata. 2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan. 3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan. 4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti. 5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit. 6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas. 7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Saiz hidangan: 5-8 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Kukus dan tumis
Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.
3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN:
300gm Isi ikan kod | hiris kasar
1gm Cili kering | potong kasar
20gm Bawang besar | hiris kasar
20gm Kacang Cashew panggang
15gm Sos tiram
15gm Kicap soya
10gm Kicap soya pekat
10gm Cuka hitam
10gm Serbuk ayam
10gm Gula
50gm Air
100gm Tepung jagung
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. 3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi. 4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata. 5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat. 6. Sedia dinikmati.
Info chef:Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!