Mencari hidangan yang disukai anak-anak? Jom cuba buat Kentang Crispy ni. Mudah nak buat dan sedap. Terasa kerangupan kentang dengan limpahan keju mewah dari Perfect Italiano Mozzarella. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry. Selamat mencuba!
Ads
KENTANG CRISPY
Bahan-bahan:
4 kentang russet | untuk 2 hidangan
2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil garam
4 keping Chesdale | untuk 2 hidangan
Parsli kering | hiasan
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
Hiriskan kentang nipis-nipis dan goreng garing.
Taburkan serbuk paprika dan garam di atasnya. Susun di dalam acuan.
Letakkan keju Chesdale kemudian taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian atas.
Bakar di dalam air fryer selama 170°C selama 10 minit.
Siap untuk dihidang. Taburkan dengan parsli kering sebagai hiasan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Tauhu Berkeju ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak buat. Sebenarnya, mudah saja. Boleh cuba resipi ini, gerenti menjadi dan sedap. Cuma, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk buat keju ni lagi wow! Selamat mencuba.
TAUHU BERKEJU
Bahan-bahan:
10 biji tauhu kering
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
200gm daging kisar | digoreng
5 biji kentang | potong kiub dan goreng hingga lembut
30gm daun sup | dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
Gaul kentang lenyek, daging kisar yang telah digoreng, bahan kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk perasa dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Sumbatkan di dalam tauhu, celup di dalam telur dan goreng hingga masak.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Drink Tropical Fruits.
Kalau anda suka makan yang simple-simple sewaktu sahur, jom cuba buat Telur Hancur Cheese ni. Sesuai sangat untuk anda yang suka makan telur. Memang padu dan mengenyangkan. Tak rugi cuba. Nak lagi enak, gunakan keju Chesdale yang kaya dengan kalsium dan protein. Nak hidangan lagi beraroma, gunakan Anchor Unsalted Butter. Sebagai pelengkap hidangan, nikmati hidangan ini bersama Fernleaf CalciYum Yogurt Mango atau Fernleaf Yogurt Mango.
TELUR HANCUR CHEESE
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
80gm ayam kisar
2 keping keju Chesdale
2 sudu Anchor Unsalted Butter
Garam
Serbuk perasa
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter lalu tumiskan bawang merah, bawang putih dan ayam kisar sehingga wangi.
Pecahkan telur dan masukkan keju Chesdale.
Perasakan. Masak hingga sebati.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Yogurt Mango atau Fernleaf Yogurt Mango.
Ada banyak roti kat rumah? Haa boleh buat Smoky Roti Pizza ni, guna roti biasa je pun dah boleh dapat hasil pizza yang premium. Gerenti anda puas hati! Bau Smoky Roti Pizza ni bila dimasak memang enak tak terkata. Lagi-lagi bila menggunakan keju Chesdale Smoked untuk mendapatkan rasa dan aroma salai yang sebenar, memang umphhh! Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Selamat mencuba!
SMOKY ROTI PIZZA
Bahan-bahan:
6 keping roti
4 sudu besar puri tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mixed herbs
30 keping pepperoni
4 ulas bawang putih | dicincang
6 keping Chesdale Smoked
Cara Memasak:
Campurkan tomato, sos cili, sos tomato, mixed herbs dan bawang putih.
Sapukan campuran sos tadi di atas roti, letakkan keju Chesdale Smoked dan kepingan pepperoni.
Bakar di dalam ketuhar selama 170°C selama 10 minit – 15 minit.
Sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.