Makan

Mudahnya Nak Buat Kentang Crispy, Anak-Anak Mesti Suka

Share

Mencari hidangan yang disukai anak-anak? Jom cuba buat Kentang Crispy ni. Mudah nak buat dan sedap. Terasa kerangupan kentang dengan limpahan keju mewah dari Perfect Italiano Mozzarella. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry. Selamat mencuba!

 

KENTANG CRISPY

Bahan-bahan:

  • 4 kentang russet | untuk 2 hidangan
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 keping Chesdale | untuk 2 hidangan
  • Parsli kering | hiasan
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry

 

Cara Memasak:

  1. Hiriskan kentang nipis-nipis dan goreng garing.
  2. Taburkan serbuk paprika dan garam di atasnya. Susun di dalam acuan.
  3. Letakkan keju Chesdale kemudian taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian atas.
  4. Bakar di dalam air fryer selama 170°C selama 10 minit.
  5. Siap untuk dihidang. Taburkan dengan parsli kering sebagai hiasan.
  6. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
    .

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma