Nampak macam kuih lapis bukan? Tapi bukan kuih lapis tapi puding. Resipi ini hanya guna tiga bahan sahaja. Memang sikit betul bahannya. Marilah kita cuba buat Puding Biskut Cream Cracker mengikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Aishah Hussin
RESIPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER
BAHAN-BAHAN:
24 keping biskut krim kraker
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang.
2. Toskan. Masukkan semua bahan dalam blender. Kisar halus.
3. Bahagikan kepada 3 warna. Tuang warna pertama. Kukus selama 5 minit. Lapiskan lagi sampai habis.
4. Yang akhir sekali, kukus lagi 10 minit. Siap. Boleh potong bila sudah sejuk. Hidangkan.
Sumber kredit: Siti Aishah Hussin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official