Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang ‘Super Simple’ & Sedap

Share

Pernah cuba menu Nasi Ayam Claypot? Bagi yang teringin nak rasa, resipi dari saudari Rozmaliza Omar ni antara yang mudah. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan. Menurut empunya resipi jika suka rasa pedas, boleh dimakan bersama sos thai. Wow… Pasti ‘best’ ni. Jom cuba.

CARA MASAK NASI AYAM CLAYPOT YANG SANGAT MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN NASI:
1 tin susu beras 
2 tin susu air
1 kiub pati ayam beli online disini

BAHAN-BAHAN AYAM KICAP:


8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – tumbuk beli online disini
2 inci halia – tumbuk
4 tangkai cili kering – potong pendek beli online disini
5 sudu makan kicap manis beli online disini
4 sudu makan sos cili beli online disini
2 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan minyak bijan beli online disini
Sedikit air
8 biji cendawan shitake kering – rendam hingga lembut beli online disini
Garam dan sedikit gula
Daun bawang – dipotong

CARA MEMASAK:

1. AYAM KICAP: Tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.


2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula. Kacau rata. Tutup api.


3. NASI: Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot / periuk tanah. Masak hingga nasi separuh masak.


4. Bila nasi sudah separuh masak, letak ayam dan cendawan kicap tadi atas nasi dengan rata.


4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
5. Masa nak hidang, letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (empunya resipi tidak letak).
6. Tabur hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.


7. Nasi Ayam Claypot sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur