Jika anda mencari menu yang berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba buat Muffin Ayam & Bayam Cheese. Gabungan telur, ayam, bayam dan keju yang mengenyangkan. Sesuai sangat untuk anak-anak yang tak makan sayur kerana tak terasa langsung bayam di dalamnya. Untuk menambah kalsium dan protein dalam hidangan, jangan lupa gunakan Keju Chesdale. Sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Ibu-ibu kena cuba resipi ni. Anak-anak pasti suka.Muffin Ayam & Bayam Cheese, Sesuai Untuk Anak-Anak

MUFFIN AYAM & BAYAM CHEESE

Muffin Ayam & Bayam Cheese, Sesuai Untuk Anak-Anak

Bahan-bahan:

  • 200gram isi ayam – rebus & siat-siat
  • 100gram bayam – cincang kecil
  • 180ml Fernleaf Susu UHT
  • 6 keping Keju Chesdale
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh oregano kering
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Garam secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama Fernleaf Susu UHT, lada sulah, garam dan oregano kering hingga sebati.
  2. Masukkan ayam, cincangan bayam lalu gaul rata.
  3. Masukkan Keju Chesdale yang dipotong-potong dan gaul rata.
  4. Sapu mentega secukupnya dalam dulang muffin.
  5. Tuang bancuhan muffin secukupnya ke dalam acuan.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit atau hingga muffin keperang-perangan.

 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Ads

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI