Suka jagung, ini ada dua menu jagung yang sedap. Selain direbus atau dibuat bubur jagung juga sedap dijadikan kuih seperti muffin dan bingka. Kedua-dua menu ni sesuai untuk hidangan sarapan atau  sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah rakan. Jika suka boleh je cuba kerana resipinya turut disediakan di sini ye.

MUFFIN JAGUNG KUKUS


Muffin & Bingka Jagung, Jadi Teman Sarapan Esok Hari
.

BAHAN-BAHAN:

Ads

BAHAN A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam

BAHAN B:

  • 1 cawan jagung krim dalam tin
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:
1. Ayak bahan A dan gaul dengan secubit garam.
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, sambil itu masukkan adunan dalam acuan kertas.
4. Letakkan cawana kertas dalam acuan muffin.
5. Kukus lebih kurang 20-15 minit dengan api sederhana.
6. Setelah masak, tutup api dan angkat muffin.
7. Setelah sejuk, muffin sedia dihidangkan.

BINGKA JAGUNG


Muffin & Bingka Jagung, Jadi Teman Sarapan Esok Hari
.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 tin jagung krim manis
  • Biijan untuk hiasan
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan.
4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api.
5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya.
6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam.
7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar.
8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR ELEKTRIK YANG BARU, NI ADA PERIUK NASI  ELEKTRIK YANG BARU DENGAN PELBAGAI FUNGSI UNTUK MEMUDAHKAN KERJA ANDA. JOM KLIK DI SINI

Ads

ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI:

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI