Muffin blueberi yang sedap dan gebu, pastinya lebih enak bila dimakan ramai-ramai bersama keluarga. Tau-tau dah licin pinggan.

IKLAN

Rahsia keenakkannya pasti terletak pada ramuannya yang menggunakan susu dan minyak canila yang menjadi ia lembab dan lembut dimakan. Ni dia resipi dari Hotel Crystal Crown yang disediakan oleh Chef Mohd Shafeeq.

MUFFIN BLUEBERI

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula halus | tambah 1 sudu makan untuk tabur atas muffin
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
1/3 cawan minyak canola atau sayur
1 biji telur saiz A
1/3 cawan susu segar @ uht
1 1/2 sudu teh ekstrak vanila
227gm blueberi segar atau blueberi di dalam tin

CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 400 darjah Fahrenheit. Letakkan cawan kertas di dalam acuan muffin
2. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk yang besar.
3. Ambil jag masukkan minyak kanola, kemudian masukkan telur diikuti dengan susu.
4. Masukkan vanila dan kacau sebati.
5. Kemudian tuangkan campuran susu ini ke dalam mangkuk campuran tepung (bahan kering) tadi. Kacau sebati.
6. Adunan batter ini agak pekat.Tuangkan ke dalam acuan muffin berisi cawan kertas.
7. Taburkan sedikit gula halus di atasnya, letakkan blueberi di atasnya dan bakar hingga masak (10-15 minit).

Saiz Hidangan : 10 biji muffin (saiz standard)
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek cawan
Keistimewaan : Muffin gebu dan lembab, enak dengan rasa blueberi
Anggaran kos : RM 22

INFO CHEF : Agar muffin masak sekata, isikan dua bekas daripada acuan dulang pembakar muffin dengan satu hingga dua sudu makan air.

RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI
TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

RESIPI NI PUN AMAT MENARIK :

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.