
Bestnya kalau dapat menjamu selera dengan muffin coklat cip yang kaya dengan rasa koko ni. Jangan kedekut ramuan,nanti naik tak cantik pulak
Siapa tak suka bila muffin yang dibuat naik gebu gabas dan gemuk montokkan. Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Azzu Riana ni, barulah menjadi kegebuan dan kelembutan muffin coklat cip ni.
MUFFIN COKLAT CIP MONTOK

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula halus
- 1 sdk soda bikarbonat
- 1sdk baking powder
- 1/2 sdk garam halus
- 1/4 cawan coco powder
Bahan B
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan susu sejat @ susu full cream
- 1/3 cawan minyak jagung ( sy guna minyak masak je )
- 1 sdk esen vanilla
- Cip coklat 3/4 cawan
CARA MEMBUAT :
1. Satukan ke semua bahan A tadi dalam satu bekas & gaul sampai sebati semuanya.
2. Dalam bekas yang lain pukul telur menggunakan whisk, pukul manja aje.
3. Masukkan susu cair, esen vanilla, minyak & sebatikn smua adunan kmudian masukn cip coklat gaul-gaul kejap.
4. Masukkan bahan-bahan A tadi yg telah disebatikan ke dalam adunan bahan B dan gaul bagi sebati.
5. Tuang adunan ke dalam cawan cup cake & bakar pd suhu 160c selama 20 – 25 minit ( cup saiz L ) dan jika cup saiz M bakar dalam 15 minit aje.


.
Nota: jangan kacau lama sangat adunan tu cukup sekadar bagi sebati je kalau tak nanti muffin jadi keras serta kering.
Kredit Resepi : azzu riana
ANDA INGIN MEMBELI OVEN BARU UNTUK BAKAR KEK DAN MUFFIN, JOM LAYARINYA DI SINI. PELBAGAI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH MENARIK ADA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Muffin Telur Berkeju Dengan Inti Ayam, Ramuan Agak-agak Aje.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yang Enak Gebu

Roti bun panas gebu gabas dari oven memang nikmat bila dimakan. Nak roti gebu ni teknik uli kena betul, dan kena dibiarkan rehat untuk naik sempurna. Yis pula kena segar, barulah roti naik mengembang.
Ni 6 idea bun diperbuat daripada serunding ayam, kacang merah, butterscotch, hirisan ayam, keju dan sose. Perrgh memang terbaiklah koleksi roti bun ni.
1. ROTI SERUNDING AYAM

BAHAN-BAHAN (ROTI):
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
- 300gm chicken floss (bahan inti)
BAHAN SAPUAN PADA ROTI:
- 1 sudu makan susu cair
- 1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Taburkan chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
5. Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang.
6. Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti.
7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing).
8. Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.
2. ROTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN (ROTI):
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
BAHAN-BAHAN (INTI):
- 150gm kacang merah | direndam
- 100gm gula pasir
- 20ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
2. Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
3. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
5. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
6. Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
7. Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi.
8. Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai.
9. Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
10. Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu.
11. Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
12. .Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.
3. ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA

BAHAN-BAHAN:
Bahan roti :
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
Sedikit pewarna ungu
BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:
- 200ml krim putar
- 150gm gula perang
- 10gm mentega
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian.
5. Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti.
6. Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C.
7. Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan.
8. Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
9. Sedia dihidangkan bersama roti.
Saiz hidangan: 3–5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15
Info chef: Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.
4. ROTI KEJU

BAHAN-BAHAN
(ROTI):
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
- 4 keping keju
- 1 biji kuning telur | sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
5. Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
6.Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai.
7. Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
8. Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.
5. CHICKEN SLICE ROSE

BAHAN-BAHAN (ROTI):
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
- Kepingan ayam secukupnya | potong bentuk tiga segi
- Sedikit mentega
- 1 biji kuning telur | sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
5. Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
6. Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
7. Ulangi langkah hingga selesai.
8. Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
9. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.
6. BAN SOSEJ

BAHAN-BAHAN (ROTI):
- 250gm tepung high protein
- 7gm yis
- 10gm shortening
- 10gm bread softener
- 5gm garam
- 10gm gula
- 80ml air
- 10gm susu tepung
UNTUK ANYAMAN:
2 batang sosej | belah tiga
UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:
- 1 biji kuning telur
- Sedikit mentega
- Sedikit serbuk oregano
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman.
5. Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya.
6. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Anda boleh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor.
Petua Goreng Hati & Pedal Ayam Supaya Tidak Meletup

Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…

Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP

Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah. Yang Tak Terer Masak Pun Confirm Menjadi!

Ayam Goreng Kunyit hidangan mudah dan cepat untuk disediakan. Masak lauk ni yang tak pandai pun confirm menjadi.
Hidang dengan nasi panas, ada pula telur mata goyang dan sambal belacan, renjis kicap lemak manis…fuhhhh terangkat rasanya.
Kalau nak lagi sedap boleh pilih bahagian dada ayam yang ada sedikit tulang barulah lagi kaw dia punya masakan. Letak sayur-sayuran dan bawang, goreng sekejap boleh terus makan. Cepat dan mudah untuk disediakan.
Perkongsian daripada Wan Luqman ni sangat mudah untuk diikuti. Buat lauk makan malam atau tengah hari cukup satu lauk ni pun dah memadai.
AYAM GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
– Isi ayam (best part bertulang boleh ratah-ratah gigit)
– Cili merah dan bawang holland dihiris
– Kacang panjang, bunga kobis dan lobak
– Garam dan sedikit lada sulah
– Sedikit tepung untuk menyalut
– Garam
– Gula (jika perlu)

CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk kunyit dan garam untuk digaul bersama ayam. Lebihkan sikit, biar kuning dan masin-masin baru sedap.

- Masukkan sedikit ajinamoto dan gaul bersama.

- Masukkan sedikit tepung. Tepung apa-apa pun boleh. Ini saya guna tepung ayam goreng.

- Gaul biar sebati

- Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan

- Guna minyak yang sama, masukkan semua bahan sayuran yang dihiris tadi. Minyak bekas goreng ayam tu kuning nanti akan melekat warna kuning pada sayuran nanti.

- Masukkan sedikit lada hitam

- Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan sebatikan dengan bahan lain.

- Angkat dan tapis
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Info:
Goreng kunyit kena masin-masin sikit baru sedap. Tak pandai masak ke pandai ke kalau buat mesti menjadi pasal senang sangat. Sedap dimakan dengan nasi kosong, sambal belacan, telur mata dan renjis-renjis kicap kipas udang.
Kredit: Wan LuQman
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Gulai Ayam Simple, Makan Dengan Nasi Panas & Sambal Belacan Terangkat Habis!
Tomyam Ayam Bersantan, Cukup Rasa Pedas Manis & Berlemak. Makan Macam Ni Dah Tak Perlu Lauk Lain
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official










