Muffin Koko Dengan Taburan Chocolate Chips Lebih Menambah Perisa

Share

Minum petang hari ni kita buat menu yang anak-anak suka, iaitu muffin koko. Tak susah pun buatnya jika cukup bahan-bahan di dapur. Nak sedap tambah lagi dengan chocolate chip. Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang gebu dan moist.Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor yang dikisar halus.Buat lebih boleh sedekah pada jiran tetangga.

BAHAN A
2 biji telur
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1/2 tsp esen vanilla

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
½ tsp baking soda
2 tbsp dark powder cocoa
½ cawan choc chips

Cara membuat:


1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)


2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi.Gaul rata.

4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
5.Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai hiasan.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.


Kredit: Neny Lai Han

 

Published by
Putri Adila Saari