Anda penggemar muffin? Jika ya, jom kita cuba buat muffin pisang chocolate chip ini untuk anak-anak. Pasti mereka suka dengan gabungan rasa pisang dan coklat yang cukup enak. Resipi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Hidayati Hana.

RESIPI MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP

Muffin Pisang Chocolate Chip, Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1 1/4 cwn gula perang (kalau guna gula biasa letak 1 cawan je)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/ 2 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 2 cawan tepung (ayak dahulu)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 5 biji pisang (dilecek sampai lumat)
  • Coklat cip
  • Hirisan badam

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang.
  2. Bila dah kembang masukkan pisang.
  3. Masukkan minyak dengan tepung berselang-seli.
  4. Masukkan coklat cip.
  5. Dah sebati masukkan susu cair, gaulkan hingga sebati. Guna spatula je.
  6. Masukkan dalam cup jangan sampai penuh dan hias dengan taburan badam dan coklat cip.
  7. Panaskan oven suhu 170 dan bakar selama 30- 35 minit atau sehingga masak.
  8. Dah siap, selamat mencuba!

Muffin Pisang Chocolate Chip, Sedap & Menyelerakan

Muffin Pisang Chocolate Chip, Sedap & Menyelerakan

Muffin Pisang Chocolate Chip, Sedap & Menyelerakan

IKLAN

Muffin Pisang Chocolate Chip, Sedap & Menyelerakan

 

Jika anda sedang mencari Air Fryer yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.

IKLAN

 

Kredit Resipi & Foto: Hidayati Hana

Anda Juga Boleh Cuba Resipi Ini:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI