Muffin Pisang Coklat Cip ini bukan saja boleh dijadikan hidangan petang di rumah, ia juga sesuai dibuat sendiri untuk jamuan sebarang majlis.

Tak perlu dipukul menggunakan mixer atau pengisar, cara membuatnya memang cukup mudah. Nak buat petang ini juga pun sempat.

Resipi Muffin Pisang Coklat Cip

Muffin Pisang Coklat Cip, Cara Buat Senang Sangat

Ads

Bahan-bahan

400 gram pisang lenyek
gula pasir/gula perang
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan coklat cip
Esen vanila
1 biji telur gred A/B
1½ cawan tepung gandum
1sk baking soda
1sk baking powder

Cara membuat muffin pisang coklat cip

1. Lenyek pisang hingga hancur kemudian masukkan gula serta esen vanilla. Gaul rata.

2. Pecahkan telur masukkan minyak masak, gaul sebati lagi.

3. Masukkan bahan kering tepung gandum, baking soda dan baking powder. Gaul.

4. Selepas itu masukkan ½ cawan coklat cip dan gaul sebati adunan.

5. Sediakan cawan kertas (saiz large) kemudian ceduk adunan ke dalam cawan tapi jangan penuh. Tabur di atasnya coklat cip dan hirisan pisang sebagai hiasan.

Ads

6. Masukkan ke dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan dan bakar menggunakan api atas bawah tanpa kipas selama 35 pada suhu 180 darjah selsius.

Muffin Pisang Coklat Cip, Cara Buat Senang Sangat

Info: Sukatan ini menghasilkan 16 biji muffin

Ads

Kredit resipi & foto: Kak Sue SarangHae

Baca: Buat Muffin Guna 3 Bahan, Hasilnya Macam Scones Boleh Makan Dengan Jem

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI