Muffin pisang coklat chips paling senang nak buat. Tak perlu gajet pelik-pelik pun boleh bikin ok. Anak-anak pasti menyukainya. Dapat juga nikmati kudapan yang enak ni selepas makan malam nanti.

Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat, Anak-Anak Pun Suka

BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI

1/2 cawan gula perang-BELI ONLINE DI SINI

Ads

70g mentega – cairkan-BELI ONLINE DI SINI

1 1/4 cawan pisang ranum – lecek

1/2 cup chocolate chips

1 biji telur grade A

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh esen vanilla

Secubit garam

 

Ads

Cara memasak:

  1. Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam kemudian ayak. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar yang lain, satukan mentega yang dah dicairkan, gula perang, pisang lecek, telur dan esen vanilla dan pukul dengan hand whisk hingga sebati. Tak perlu pukul berlebihan.
  3. Masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk berisi campuran pisang, gaul dengan spatula hingga sebati. Masukkan coklat chips dan gaul rata.
  4. Sendukkan bancuhan ke dalam cawan muffin kertas hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak. Nikmati panas!

*pilihan pisang yang sesuai; berangan, lemak manis, embun dan emas. Pisang lain kurang sesuai.

*coklat chips boleh gantikan dengan cincangan coklat masakan.

Kredit:  Sue M Arukin

Resipi Puding Kastard Berkuah Koktail Yang Sangat Sedap & Mudah

Ads

Lemak Manis Agar Agar Cendul, Memang Ketagih Nak Makan

Nikmatnya Cheesekut Puding Tiramisu Ni, Lagi Sedap Dimakan Sejuk

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI