Mufin oren ini sesuai dijadikan hidangan untuk menyambut kedatangan para tetamu bertandang ke rumah. Atau boleh juga dijadikan buah tangan saat berkunjung ke rumah rakan taulan dan saudara-mara.
Gebu sungguh mufin oren ni kan? Tak susah sangat pun nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Malnorashima Bt Ismail ini ye.
Min cukup tertarik dengan resipi Kek Hummingbird dari Nor Azlita Abdul Aziz dalam blognya Azlita Masam Manis , lebih dikenali sebagai Ita . Resipinya sudah diubahsuai mengikut citasa keluarga dan dikurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan rasa manis.
Menurut catatan Azlita atau lebih dikenali sebagai Ita, kek ini cukup popular di Amerika Syarikat dan cukup diminati di sana. tapi sebenarnya ia berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an.
Menariknya sejarah kek ini nama asalnya adalah Doctor Bird Cake, ia kemudiannya dinamakan Hummingbird bertepatan dengan pemakanannya yang menghisap madu. Jadi kek ini rasanya manis dengan ramuan daripada buah-buahan dan kekacang menjadikan ia sangat enak untuk dinikmati.
Menurut Ita lagi untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesin pemutar @ mixer. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata. Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada kek karot.
Dalam resipi ini Itaa tak menggunakan karot atau lobak merah , sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.
Resipi asal boleh sahaja diambil dari Joy of Baking, tetapi resipi Ita ini sesuai bagi mereka yang mahukan kek yang sederhana manis bak kata Ita sedang-sedang aje.
HUMMINGBIRD CAKE
BAHAN-BAHAN :
100 gm kacang pecan | Ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus | resepi asal 400 gm
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur | saiz A
180 ml minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin | tak perlu toskan
400 gm pisang masak ranum
CARA MEMASAK :
Cara buat kek :
1.Kacang pecan walnut dibakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut
2. Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar
3. Pisang pula ita guna pisang montel , yang masak ranum. Kemudian lenyek halus.
4. Nenas pula ita jangan ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah. Kemudian nenas pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.
5. Untuk mudah sediakan kek ini, asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam disatukan dan ayak.
6. Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen satukan dalam satu bekas yang lain.
7. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
8. Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata. Bila sebati masukkan gula dan gaul lagi
9. Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah diayak tadi. Gaul hingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang telah cincang.
11. Sediakan 2 loyang 8 inci, lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan mentega. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.
12. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing
13. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.
14. Sementara kita tunggu kek sejuk, sediakan Krim kejunya pula
KRIM KEJU PECAN
* gandakan adunan ini untuk lapisan dalam dan sapu keseluruhan kek
BAHAN-BAHAN :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising | diayak
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes lemon
Pecan Croqan
Bahan pecan croqan :
100 gm pecan di cincang
100 gm gula
20 gm mentega
Cara buat pecan croqan:
Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan.
Tutup api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga ia berderai dan sejukkan.
Cara buat krim keju :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Tambahkan mentega, esen vanilla dan pes lemon.
Pukul adunan hingga sebati, akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
* Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh
KARAMEL SOS
BAHAN-BAHAN :
113 gm mentega
120 gm whipping cream Dairy
3 sudu besar air
60 ml sirap jagung
200 gm gula halus
Cara Buat Karamel Sos :
Masak gula dan air hingga perang
Tambahkan sirap jagung syrup dan masak lagi
Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata
Bila dah pekat, tutup api dan masukkan mentega
Cara melayerkan kek
Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
Letakkan kek atas lapik kek, sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
Ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim ,simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum dihias.
Hiaskan dengan sos caramel, ikut hiasan yang anda sukai. Sedia untuk dihidangkan.an
Sumber resipi dan foto : Nor Azlita Binti Abdul Aziz
Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.
MILKEY OREO COOKIES BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Brownies selalunya dimakan sebagai kek yang penuh dengan rasa coklat. Olah sedikit jadikan biskut yang mempunyai tesktur chewy.
BROWNIES COOKIES KEDUT SERIBU
BAHAN-BAHAN:
3 sudu mentega
400g chocolate dark compound
3 biji telur (1 biji ambik kuning sahaja)
2/3 cawan gula perang ( kurangkan manis jadikan 1/3)
Sedikit esen vanila
35gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Ambik 300g dark compound cairkan dengan butter. Lagi 100g cincang letak tepi.
Pukul telor, gula, esen vanila dengan mixer hingga adunan putih.
Masuk tepong, serbuk koko dan baking powder yang diayak. Kacau sebati.
Kemudian masukkan butter dan chocolate yang g dicairkan tadi. Step ini gunakan spatula, kaup sebati dan masukkan chocolate cincang tadi.
Adunan memang cair jadi jangan bimbang.
Rehatkan adunan dalam peti 15 minit.
Sementara itu panaskan oven 180.
Guna scoop ice cream kalau ada. Kalau tidak ada boleh guna sudu sahaja. Sudukan dalam tray. Ikut nak tebal atau nipis cookies tu. Kalau mahu tanggup buat nipis.
Jarakkan jauh-jauh sebab cookies ni akan mengembang.
Taburkan sedikit chocolate cincang tadi kalau ada lebih. Lagi sedap tabur kacang badam pun boleh.
Bakar 15 minit. Habis bakar tunggu sejuk dahulu sebab dia lembik ketika panas.