Mufin Oren Gebu Dan Sedap

Share

Mufin oren ini sesuai dijadikan hidangan untuk menyambut kedatangan para tetamu bertandang ke rumah. Atau boleh juga dijadikan buah tangan saat berkunjung ke rumah rakan taulan dan saudara-mara.

Gebu sungguh mufin oren ni kan? Tak susah sangat pun nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Malnorashima Bt Ismail ini ye.

Mufin Oren Gebu Dan Sedap

Bahan-Bahan:

1 biji telur (gred A)

1/2 cawan gula kastor – boleh beli online di sini

200ml susu segar

1 sudu besar Sunquick oren dan sedikit pewarna oren

90 ml minyak jagung – boleh beli online di sini

2 cawan tepung kek (diayak). Kalau tepung biasa, tambah baking powder) 

1/2 cawan buah-buahan kering (cuci dengan air panas dulu dan tos)

*Buah-buahan kering ini separuh letak dalam adunan, separuh lagi untuk letak atas mufin

Cara Memasak:

Pukul telur dan gula, guna tangan je. Bila dah kembang, letak susu dan pukul lagi.

Letak perasa oren dan pukul lagi. Kemudian letak minyak, pukul lagi.

Letak tepung sikit-sikit sambil kacau-kacau sebati. Letak 3/4 adunan tu dalam cawan kertas.

Bakar suhu 170C, selama 30/35 minit.

Gunakan api atas/bawah.

Siap! Resipi ini dapat 14 biji mufin ye.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa