Anda semua tentu tahu pengambilan sarapan amat penting untuk setiap individu sebelum memulakan harinya. Ini kerana sarapan berkait rapat dengan kecergasan mental dan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus sepanjang hari.

Mengetahui kepentingan sarapan ini hingga ada yang menyamakan pengambilan sarapan ibarat seperti memanaskan enjin kenderaan pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Tanpa sarapan, tenaga yang akan dibekalkan kepada tubuh akan terjejas dan mempengaruhi penumpuan.

Lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil, badan yang membesar dan otak yang sedang berkembang memerlukan zat makanan yang secukupnya. Bila kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi, bermakna mereka tidak makan selama 12 jam.

Setelah melalui malam yang panjang, kanak-kanak mahupun orang dewasa memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin harian mereka. Jadi, sarapan pagi sememangnya tidak boleh diabaikan kerana ia menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan tenaga bagi memulakan hari.

Pun begitu, tidak dinafikan ada juga di kalangan generasi muda hari ini tidak mengambil berat kepentingan mengambil sarapan. Malah golongan dewasa juga sering meninggalkan masa untuk bersarapan dengan pelbagai alasan.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menjadikan sarapan sebagai satu amalan harian dan pastikan anda sekeluarga menikmati sarapan setiap hari:


1.Bangun lebih awal untuk menyediakan sarapan pagi.

2.Sediakan sarapan yang boleh dimasak pada malam sebelumnya. Ini akan melancarkan lagi waktu pagi anda untuk menikmati sarapan bersama keluarga.

3.Bekalkan makanan untuk ahli keluarga setiap satu supaya mereka boleh makan dalam perjalanan ke sekolah atau di tempat kerja.

4.Rancang menu lebih awal. Paling berkesan sediakan menu mingguan untuk melancarkan tugasan menyediakan hidangan.

5.Hidangkan makanan bijirin yang mudah disediakan.

6.Sediakan pek minuman berkhasiat untuk dijadikan pilihan minuman segera yang mudah disediakan.

IKLAN

7.Libatkan anak-anak semasa menyediakan sarapan pagi seperti membenarkan mereka memilih menu kegemaran atau menyediakan meja dan dengan pinggan dan cawan kegemaran mereka

8.Pelbagaikan menu sarapan dari semasa ke semasa.

9.Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat akan membekalkan tenaga dan mampu menahan rasa lapar serta mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya di dalam roti dan bijirin dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Mengapakah pemakanan itu penting kepada kita?

Pemakanan sihat adalah penting untuk :

1.Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

2.Sentiasa cergas.

3.Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

4.Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.

Tip menyediakan sarapan yang sihat

* Buangkan lemak daging dan kulit ayam apabila menggunakan bahan ini di dalam resipi.

* Cuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan daripada merendam sebaliknya dicuci dengan air yang mengalir.

*Pastikan air telah mendidih atau minyak telah panas apabila memasukkan makanan yang ingin dimasak.

*Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk bahan makanan yang digunakan.

*Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelakkan kehilangan vitamin.

*Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos dan bahan perasa. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.

*Elakkan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna.

Kredit gambar: 123 royalty free

INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.

Telur Dadar Berkeju, Comel Sesangat Weh

Jom Buat Chapatti Egg Roll Dengan Style Lebih Sihat

Ini 7 Cara Buat Telur Dadar Yang Nipis & Cantik