Siapa penggemar murtabak? Biasanya kalau tiba bulan Ramadan, barulah murtabak banyak dijual. Kadang nak dapat yang mengikut selera dan sempurna memang sukar. Jadi apa kata buat sendiri. Tak perlu nak uli dan canai pun tepung hanya menggunakan kulit popia , sedap rasanya. Bolehlah cuba buat nanti.
MURTABAK AYAM KULIT POPIA
Bahan-bahan:
Sukatan inti ayam ikut sesedap selera
Inti Ayam:
2 labu bawang besar dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bawang putih,ketuk dan cincang halus
1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji
3 keping dada ayam dipotong dadu kecil-kecil / boleh guna ayam Kisar Ramly
1 biji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecil-kecil. Rebus empuk dan toskan.
2 sudu makan rempah kari daging cap O
2 sudu Rempah Kurma cap O /lain-lain jenama
1/2 sudu makan lada hitam biji ditumbuk halus
Garam halus secukup rasa
1 sudu makan serbuk Hilal
Sedikit gula
Daun sup dihiris halus secukupnya
Kulit popia
2/3 biji telur atau secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jangan cair sangat bancuhan inti lepas disatukan dengan telur.
Cara membuat:
**Inti ayam
1.Tumis bawang besar, bawang putih,lada hitam dan halia.Kacau hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak.
3.Masukkan ayam,kacau-kacau hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering.
4.Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau-kacau dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam.
5.Biarkan sejuk,kemudian campurkan inti dengan telur mentah yang telah dikocok. Kacau rata.
Cara buat murtabak:
1.Ambil sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan.
2.Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dengan sedikit minyak dalam kuali nonstick hingga masak kekuningan.
3.Masak dengan api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap,sedap dinikmati panas-panas bersama kuah jeruk bawang atau sos cili. Makan macam tu pun dah sedap.
**Boleh tambahkan cili serbuk/cili kisar dalam bancuhan rempah untuk masak inti ayam. Saya tak letak sebab takut pedas.
Kredit: Zurina Kifli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official