
Isi Kandungan
ToggleMurtabak kucai ini antara menu masyarakat Banjar yang sesuai untuk hidangan pagi mahupun petang. Bukan saja enak, cara membuatnya juga ringkas. Menu ini juga tak perlukan kuah kari atau acar bawang, ia lagi sedap dimakan begitu saja.
Cara buat murtabak kucai
Bahan inti
1 cekak daun kucai (dipotong)
2 biji bawang merah (dihiris)
1 biji cili hidup – jika suka (dihiris)
4 biji telur
Sedikit garam
Bahan kulit
3 cawan tepung gandum
1 – 1 1/2 cawan air
2 sb susu pekat
1sk garam
1sb minyak masak
1sb mentega/ marjerin
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan inti dalam mangkuk. Kemudian kacau sebati. Ketepikan dulu sementara menyiapkan kulit murtabak.
2. Dalam satu bekas campurkan air susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati. Jika mahu murtabak yang lembut boleh gunakan air ais atau air berais.
3. Kemudian, masukkan tepung dan uli sekata. Masukkan pula minyak masak, uli lagi. Akhir sekali, masukkan mentega dan terus uli sehingga lembut.
4.Bahagikan kepada doh-doh kecil dalam 8-10 ketul. Bulat-bulatkan, masukkan ke dalam bekas bertutup dan curahkan minyak masak sehingga separuh tenggelam. Rehatkan sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi baik.
5. Ambil satu doh, tepekkan di atas pinggan atau dulang besar. Tarik tepi-tepian doh sehingga nipis sampai ke tepian pinggan atau dulang. Sapukan inti, lagi banyak lagi sedap. Balut inti menjadi doh bentuk segiempat tepat.
6. Panaskan sedikit minyak gunakan minyak perap doh tadi. Goreng murtabak sehingga perang keemasan. Ulang lagi langkah sama dengan baki doh yang ada.
Kredit resipi & foto: Norfazida Gda
Baca: Resipi Murtabak Maggi Kari Paling Mudah. Masak Macam Ni Baru Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Karipap Kentang Rangup Sekelip Mata Habis Licin Bila Dihidang

Karipap, tak semua orang suka karipap tapi jangan pandang sebelah mata, bukan kuih kegemaran admin pun kalau karipap kentang tu rangup memang tak sedar dah makan berapa biji. Resipi karipap kentang rangup ini telah dikongsikan di Facebook oleh Noor Baini Bakar hampir 5K perkongsian. Mesti dah ramai berjaya buat karipap kentang rangup guna resipi akak ni. Korang taknak cuba juga ke? Mana tahu boleh berniaga lepas ni. Jom kita cuba!
KARIPAP KENTANG RANGUP
Lagi best kalau dapat hidang karipap kentang rangup ni atas pinggan baru macam Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerware Set ni! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
BAHAN-BAHAN:
KULIT KARIPAP
1 kg tepung gandum – BELI DISINI
1 cawan minyak masak – BELI DISINI
1 cawan majerin – BELI DISINI
1 cawan air sejuk dari peti ais lebih kurang
2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
Siap untuk digunakan.
Tips: Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
INTI KARIPAP
– 1kg ubi kentang (dipotong dadu, direbus, dan ditos air) – BELI DISINI
– 1/2 biji bawang besar (dicincang) – BELI DISINI
– 4 sudu makan serbuk kari – BELI DISINI
– 8 sudu makan gula (boleh kurang boleh lebih, ikut citarasa)
– sedikit daun kari – BELI DISINI
– 3 sudu teh garam
– udang
– 1 sudu teh serbuk perasa (tak letak pun boleh)
– Sedikit air
– Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga bau wangi bawang.
2. Masukkan rempah kari, gula, garam, perasa dan sedikit air.
3. Masukkan ubi kentang & udang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Dah boleh guna nak buat inti karipap
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Noor Baini Bakar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi
Bubur Ayam Ala McD Yang Mudah Boleh Buat Sendiri Dan Pasti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
Nah, Ni Langkah Mudah Buat Kuih Kacau Labu. Orang Johor Jadikan Hantaran…

Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 350 gram gula pasir
- 400 ml santan
- 500 ml air
- 50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- 1.5kg labu
- 5 biji telur | dipukul kembang
- 2 helai daun pandan
- Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
10 Resipi Kuih Minum Petang Paling Sedap & Mudah Buat.

Tak tahu nak masak apa sebagai juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang anda boleh cuba masak untuk keluarga. Resipi-resipi ini bukan sahaja enak malah sesuai juga dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN A:
- 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
- 120gm tepung gandum
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
- 4 biji cili merah|kisar
- 4 biji bawang merah|kisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 batang serai|dimayang halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
- Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.
Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.
2. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm isi ketam|dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 420gm tepung gandum
- 250ml air
- 125ml susu
- 8 ekor sotong|dihiris halus
- 2 biji ubi kentang|disagat
- 5gm garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 200ml air
- 125ml minyak masak
- 60gm marjerin
BAHAN-BAHAN B:
- 2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
- 125gm isi ayam rebus
- 60gm rempah kari
- 1 labu bawang besar|dicincang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
- Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
- Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
- Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
5. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping kulit popia
- 6 ekor udang|dicincang
- 250gm hirisan kubis panjang
- 1 batang lobak|diparut
- 125gm sengkuang|potong memanjang kecil
- 5 biji bawang kecil|tumbuk halus
- 4 ulas bawang putih|tumbuk halus
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
- Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
6. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
- 300gm pulut
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Daun pisang/daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
- 200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
- 50gm udang kering|ditumbuk lumat
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 2 batang serai|dimayang halus
- 4 biji cili merah|tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah|tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
- Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
- Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
- Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
- Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik
7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml santan pekat
- 50ml air
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm ikan bilis|goreng garing
- 10 biji cili padi|dikisar
- 2 biji cili hijau|dikisar
- 5 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
- Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
- Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
8. ROTI JALA & KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI JALA:
- 375gm tepung gandum
- 500ml air
- 10ml minyak sayur
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Pewarna kuning
BAHAN-BAHAN UNTUK KARI SOTONG:
- 6 ekor sotong|dipotong kecil
- 2 biji ubi kentang|dipotong dadu besar
- 400ml santan pekat
- 5 biji bawang merah|dikisar halus
- 4 ulas bawang putih|dikisar halus
- 60gm rempah kari
- 30gm serbuk cili
- 15ml air asam jawa
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Garam secukup rasa
- Gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan untuk menyediakan roti jala ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung dengan kemas.
- Untuk membuat kari sotong, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis lagi selama beberapa minit.
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tuang sedikit air dan didihkan hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan sotong, ubi kentang, santan, air asam jawa dan didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
Info Chef: Untuk kelainan, titikkan pewarna pandan ke dalam adunan roti jala untuk memberi rasa dan aroma yang lebih enak.
9. SAMOSA
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 2 biji ubi kentang – bersihkan & dadu
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan & cincang
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 labu bawang besar – cincang
- 1 tangkai daun kari
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
- Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.
10. LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN
Bahan-bahan A:
- 150g tepung gandum
- 350ml air
- 1 biji telur
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (sambal ikan):
- 3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 4 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
- Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
- Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
- Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.
Nak try buat KUIH MUIH ni tapi bahan tak cukup? Tak perlu keluar rumah pun, beli je secara online DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official