Muruku merupakan snek terkenal di kalangan kaum India. Namun ia digemari oleh semua orang tak kira bangsa. Bahkan, kalau hari raya pun, muruku ada juga dihidangkan sebagai snek di hari raya. homemade segar dari dapur, hasil air tangan sendiri memang lebih sedap. Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut nanti, apa kata anda buat sendiri Muruku enak ini. Sekali buat dapat berbalang-balang. Saudari Hamizah Yatim‎ ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

RESIPI MURUKU HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali
BAHAN-BAHAN:
3 paket tepung muruku – beli online disini
4 paket tepung pulut – beli online disini
5 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan garam
100gm bijan
5 sudu makan biji jemuju – beli online disini
2 biji telur
5 sudu makan planta – beli online disini
1 kotak santan – beli online disini
Air
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung muruku, tepung pulut dan serbuk cili dalam satu bekas yang besar. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan garam, bijan, biji jemuju, telur dan planta. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukkan santan dan juga air. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan keras atau lembik sangat. Nanti muruku jadi tak cantik.
4. Setelah siap adunan muruku, kepalkan adunan dan terap menggunakan acuan muruku. Letak atas kertas baking paper.
Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali 5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng muruku hingga kuning keemas an. Angkat, toskan minyak dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali Muruku Homemade Paling Mudah. Sesuai Buat Sempena Deepavali

Kredit resipi & foto: Hamizah Yatim

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Ads

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI