Sesekali teringin nak menikmati Mushroom Soup dan Garlic Bread macam di restoran. Buat sendiri, lagi puas hati. Rupa-rupanya tidaklah sukar untuk menyediakannya.
Resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini gerenti sedap. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh. Hirup sup cendawan panas-panas atau dicicah dengan roti bawang putih memang sedap. Jom kita buat.
Bahagikan cendawan, untuk goreng garing ambil 3 biji, dan selebihnya untuk masuk ke dalam kuah.
Panaskan marjerin. Kemudian, goreng cendawan 3 biji tadi yang telah dipotong dadu sehingga garing.
Kemudian, angkat dan toskan. Ketepikan.
Ads
Dengan minyak yang sama, tumis bawang yang telah dipotong dadu hingga garing.
Kemudian, masukkan lada hitam.
Masukkan juga cendawan yang dihiris.
Masukkan tepung gandum dan gaulkan sebentar.
Setelah itu, masukkan susu dan air. Kacau hingga naik wap. **
Ads
Tutup api dan kisar adunan tersebut hingga hancur elok, seakan creamy. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk dan perasakan. Jika pekat boleh tambah air mengikut kesesuaian selera masing-masing.
Kemudian, taburkan cendawan goreng tadi.
Sekiranya mahukan prose yang cepat, buat langkah bertanda (**) di atas hingga sedikit menggelegak. Perasakan dan terus kisar. Terus siap untuk dihidang.
Untuk roti, cincang bawang putih dan gaul bersama marjerin atau butter. Jika ada oregano atau parsley boleh letak sekali.
Kemudian, oleskan pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven / air fryer.
Kalau sebut sup kosong ala gerai, ramai mungkin terbayang hidangan yang “plain” — sekadar air rebusan dan sedikit rasa lada. Tapi hakikatnya, kalau kena cara masak dan seimbang ramuannya, sup kosong boleh jadi antara menu paling sedap dan nyaman! Tak perlu bahan mahal dan tak perlu rebus tulang lama-lama, tapi hasilnya tetap rasa macam sup yang kita hirup kat gerai makan Melayu.
Rahsia Sup Kosong Ala Gerai Yang Wangi Dan Berperisa
Sebenarnya, rahsia sup kosong ala gerai ni terletak pada bahan asas yang ringkas tapi tepat. Kombinasi halia, bawang putih, daun sup dan sedikit pes sup tulang cukup untuk hasilkan kuah yang wangi, berperisa serta menyegarkan tekak. Tak hairanlah menu ni sering jadi pilihan masa hujan atau bila tekak rasa tak sedap badan.
Bahan-bahan Sup Kosong Ala Gerai
1 inci halia | ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 ½ – 2 liter air
1 paket pes sup tulang
2 batang daun sup
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukupnya
Daun sup & bawang goreng untuk hiasan
Cara Memasak Sup Kosong Ala Gerai
Tumbuk kasar halia dan bawang putih.
Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan pes sup tulang.
Kemudian, masukkan batang daun sup, halia dan bawang putih.
Tambahkan stok ayam dan gaul sebati. Biarkan sup mendidih.
Bila dah mendidih, tambahkan lada sulah dan garam. Gaul rata.
Taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.
Sup kosong ala gerai siap untuk dinikmati!
Kenapa Ramai Suka Sup Kosong Ala Gerai?
Mudah dan cepat – Tak perlu daging, tak perlu tulang. Sesuai sangat untuk hidangan bajet harian.
Rasa nostalgia – Bau halia dan daun sup ni terus buat kita teringat makan tengah hari di gerai tepi jalan.
Sesuai untuk semua – Anak kecil, orang tua, bahkan yang tengah tak sihat pun boleh nikmati sup ni sebab rasanya lembut dan tak berminyak.
Serbaguna – Boleh jadi kuah pelengkap untuk lauk lain seperti ayam goreng, ikan goreng atau bihun rebus.
Tip Tambahan Untuk Sup Kosong Ala Gerai Lagi Sedap
Kalau nak lebih aroma, boleh tumis halia dan bawang putih sebelum masukkan air.
Tambah isi ayam rebus, fishball atau tofu lembut kalau nak lebih ‘berisi’.
Tabur banyak bawang goreng masa hidang — inilah kunci rasa “gerai Melayu” sebenar!
Sup Kosong Tapi Rasa Luar Biasa
Walaupun namanya sup kosong ala gerai, tapi rasa dia tak pernah kosong. Satu mangkuk kecil pun boleh buat puas dan tenang. Ada hari-hari kita tak perlukan lauk berat — cuma sesuatu yang suam, ringan dan penuh kasih sayang dari dapur.
Hidangan ni mengingatkan kita bahawa dalam kesederhanaan pun ada nikmat yang luar biasa. Hanya dengan halia, bawang putih dan daun sup, seisi rumah boleh duduk semeja menikmati aroma masakan yang membangkitkan selera.
Jadi, lain kali kalau rasa nak masak cepat tapi tetap nak rasa “gerai style”, cuba resipi sup kosong ala gerai ni. Tak payah keluar rumah, tak payah tunggu hujan. Satu periuk, siap dalam 20 minit — tapi rasanya, confirm susah nak berhenti hirup!
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi sup tulang dan daging ini tak pernah gagal menaikkan selera, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas dengan sambal kicap, nasi putih atau bihun.
Tapi nak dapat sup yang betul-betul ‘padu’ begini, memang kena ada teknik dan kesabaran. Antara resipi sup tulang padu yang boleh kita cuba adalah dari NurulHuda Yaakub ini.
Resepi ini siap dengan sukatan yang jelas dan cara masak yang ikut turutan, memang sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar masak atau nak upgrade sup versi biasa jadi luar biasa. Supnya memang tak puas hirup. Jom cuba!
Resipi sup tulang & daging ‘padu’
Bahan-bahan A: Rebusan asas
3 kg tulang lembu
½ kg daging lembu
2 inci halia
Air secukupnya
Tumis rempah: Bahan-bahan B
4 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
Bahan-bahan C: Dihiris nipis
8 biji bawang merah kecil
8 biji bawang putih
Bahan-bahan D: Dikisar
10 biji bawang merah besar
6 biji bawang merah kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia dari rebusan daging
Bancuhan rempah: Bahan E
4 paket kecil rempah sup jenama Faiza
1 paket kecil rempah sup jenama Adabi
Bancuh dengan air (jangan terlalu cair)
Lain-lain bahan
Serbuk lada putih secukupnya
Mushroom seasoning secukupnya
Garam secukupnya
2 paket sup bunjut Adabi
Daun sup (dihiris nipis)
Cara penyediaan sup
1. Masukkan tulang, daging dan hirisan halia dalam periuk besar. Tambah air secukupnya dan rebus hingga empuk (lebih kurang 3 jam).
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan B (kulit kayu manis dan bunga lawang) selama seminit. Masukkan bahan C (bawang hiris) dan tumis sampai naik bau dan sedikit perang.
3. Tambah bahan D (bawang kisar dan halia), kacau sampai pecah minyak. Kemudian masukkan bahan E (rempah sup bancuh). Kacau rata dan pastikan api tak terlalu kuat.
4. Tuang bahan tumis tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Buka api semula. Tambahkan sup bunjut, serbuk lada putih, mushroom seasoning dan garam. Kacau rata, biar hingga mendidih dan kuah pekat.
5. Tabur daun sup sebelum tutup api. Siap dihidang dengan nasi atau makan dengan bihun!
INFO: Sup ini memang tak menggunakan rempah empat sekawan lengkap, cuma letak kulit kayu manis dan bunga lawang. Tapi rasanya tetap umphhh.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!