Hari demi hari, bilangan kes mereka yang dijangkiti Covid-19 makin meningkat. Kesihatan menjadi sesuatu yang amat berharga dan tiada tolok bandingnya.
Dan apabila berada dalam situasi begini, mencegah itu lebih baik dari merawat. Bagaimana untuk kita mencegah dan menjaga kesihatan sebaiknya?
Nah, cara yang paling mudah adalah melalui pemakanan kita. Amalan pemakanan buah-buahan dan sayuran tempatan banyak manfaatnya.
Menerusi usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dengan ini memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal.
Buahan & Sayuran Tempatan Pilihan Terbaik
Tidak perlu diragui, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan adalah pilihan terbaik dalam menjaga kesihatan kita pada ketika ini.
Tahukah anda bahawa buah mangga boleh diumpamakan seperti booster otak pada waktu pagi. Terdapat banyak khasiat dan nutrisi penting yang ada di dalam mangga seperti vitamin A, C dan E, folat, B6, zat besi, kalsium dan juga antioksida. Paling menarik, kandungan nutrisi yang ada pada mangga dapat meningkatkan imunisasi tubuh, membantu penyerapan zat besi, dan baik untuk pencernaan.
Manakala betik pula, ada 5 kebaikan utama yang ramai tidak tahu. Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah ini mempunyai khasiat untuk badan kita iaitu anti oksida, anti kanser, kesihatan jantung, anti inflamasi dan menghalang kerosakan kulit.
Ads
Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Percaya atau tidak, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding makanan pepejal yang lain. Apabila kita makan buah dan sayur, ia membolehkan badan kita untuk menyerap kandungan air dalam buah dan sayur dengan lebih perlahan berbanding apabila kita minum air putih. Tambahan pula, air yang diperoleh daripada buah dan sayur ini akan kekal lagi lama dalam badan.
Antara sayur yang mengandungi peratus air yang tinggi ialah bayam, timun, saderi dan tomato.
Makanan Sihat Tidak Mahal
Orang selalu sebut makanan sihat itu mahal? Opss, salah tu. Makanan sihat tidaklah mahal jika tahu mencari sumber yang betul, contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan kita.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti!
SOMTAM BETIK MUDA & MANGGA
BAHAN-BAHAN:
½ biji betik muda | dihiris memanjang 1 biji mangga muda | dihiris memanjang ½ biji lobak merah | dipotong memanjang 3 biji kacang panjang | dipotong seinci panjang 1 biji tomato | dibelah 4-6
BAHAN SOS:
1 biji bawang putih |ditumbuk 2-6 biji cili padi | ditumbuk 2 sudu makan udang kering | tumbuk kasar 2 sudu makan kacang goreng | tumbuk kasar 3 sudu besar jus limau nipis 3 sudu makan sos ikan 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bawang putih, cili padi, udang kering, jus limau, sos ikan serta gula ke dalam bekas dan gaul hingga sebati. 2. Kemudian masukkan betik, mangga, tomato dan kacang panjang. Gaul dan tumbuk-tumbuk sedikit sayuran agar ramuan mesra. 3. Akhir sekali masukkan kacang. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
KENGSOM IKAN SIAKAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dipotong sederhana besar ½ biji nenas | dipotong mengikut citarasa ½ ikat kangkung 2 batang serai | ketuk 1 biji limau nipis| ambil jus Garam secukup rasa Gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah 8 biji cili padi 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 2. Masukkan nanas dan serai, didihkan seketika. Kemudian masukkan ikan. 3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula. 4. Tutup api dan masukkan kangkung agar kangkung tidak layu dan lembik 5. Kemudian,masukkan perahan jus limau, kacau rata dan sedia dihidangkan
PANKEK BUAH NAGA / DRAGON FRUIT PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan tepung gandum ½ sudu kecil soda bikarbonat ½ sudu kecil baking powder 1 cawan susu segar ½ biji buah naga merah 1 sudu besar gula kastor 1 biji kuning telur 2 biji putih telur, putar hingga kental 3 sudu besar mentega cair
CARA MEMASAK:
1. Ayakkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan ketepikan. 2. Kisar buah naga dan susu segar hingga halus. Masukkan gula, kuning telur dan mentega cair, kacau hingga sebati. 3. Kemudian masukkan tepung, kacau hingga sebati dan licin. 4. Masukkan putih telur (meringue) sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati. 5. Panaskan kuali, tuang adunan dan masak dengan api yang perlahan. Tutup kuali dengan penutup dan masak hingga permukaan atas kering. 6. Angkat dan hidangkan dengan buah naga yang dipotong dadu, madu atau jem.
JELI HONEY DEW
BAHAN-BAHAN:
¼ biji honey dew | buang biji Jus honey dew secukupnya 10gm agar-agar ½ kilo gula 4 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar hingga betul-betul cair dan hancur. 2. Masukkan gula dan jus honey dew. Masak lagi hingga gula larut dan sebati. 3. Kemudian tutup api dan biarkan selama 20 minit. 4. Sediakan acuan, masukkan buah honey dew secukupnya ke dalam setiap acuan. 5. Kemudian tuang agar-agar tadi dan biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Tentunya para ibu antara individu yang paling sibuk membuat persiapan terutamanya bila berkaitan dengan juadah raya. Para ibulah yang paling sibuk dalam merancang juadah apa yang bakal dimasak dan dihidangkan kepada para tetamu yang datang menziarah.
Selain makanan, minuman juga antara hidangan yang sering menjadi tumpuan ramai. Maklumlah bila cuaca panas, tentunya minuman dahulu yang akan dicari oleh tetamu. Sekiranya anda sedang mencari resipi minuman yang lain daripada minuman yang biasa untuk dihidangkan, jangan lupa masukkan Air Nanas Laici Sparkling di dalam list anda! Dengan menggunakan air mineral Spritzer Sparkling, air ini sangat sedap dan menyegarkan! Memang patut anda cuba pada musim Raya ini.
Air Spritzer Sparkling merupakan air mineral semulajadi berkarbonat dari Spritzer yang mengandungi 0 gula dan semestinya 0 kalori. Kalau tiba-tiba tekak rasa teringin nak minum air manis dan bergas, bolehlah jadikan Spritzer Sparkling ni sebagai pilihan. Ramai yang ragu-ragu untuk menikmati minuman berkarbonat kerana bimbang dengan kandungan gula yang tinggi tetapi berbeza dengan Spritzer Sparkling. Air ini adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia tidak mengandungi gula. Malah, anda akan rasa lebih fresh lepas minum.
Jadi, tak perlu susah-susah lagi Raya nanti. Buat je air Nanas Laici Sparkling menggunakan air mineral Spritzer Sparkling. Sekejap je dah siap. Memang cepat dan mudah. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air Nanas Laici Sparkling ni.
AIR NANAS LAICI SPARKLING
BAHAN-BAHAN:
½ cawan air mineral Spritzer Sparkling
2-3 biji laici
½ tin nanas
1/3 cawan sirap laici
Daun pudina | hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Tuangkan kiub nanas dan sirap laici ke dalam mesin pengisar. Kisarkan.
2. Kemudian, tuang nanas kisar tadi ke dalam cawan berisi sedikit ais.
3. Tambahkan lagi ais serta buah laici ke dalam cawan.
4. Tuangkan Spritzer Sparkling ke dalam air nanas laici tadi.
5. Hiaskan dengan daun pudina.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Tonton juga video Pencuri Hati Aidilfitri nyanyian Ayda Jebat dengan penampilan khas Merqeen di sini:
Tuah pengguna setia rempah kari Baba’s! Inilah yang dikatakan rezeki terpijak buat peserta dari Pantai Timur, Wan Norliza Wan Mat. Niat menyertai hanya sekadar untuk suka-suka namun membuahkan hasil apabila terpilih top 2 untuk ke peringkat separuh akhir pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s.
Meskipun seringkali menerima pujian masakan di rumah, Wan Norliza tetap gementar ketika mempersembahkan masakan Daging Masak Serai Berempah di hadapan juri.
“Kalau nak tahu, untuk resipi ini, saya guna 3 jenis produk Baba’s iaiturempah kari, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kiranya 3 elemen dalam satu masakan. Walaupun menggigil tangan, alhamdulillah, juri suka dan puji persembahan yang menarik.
Sebenarnya, resipi iniwarisan daripada arwah bapa mertua saya. Tetapi saya olah sedikit dengan masukkan daun limau purut, memang rasanya jadi lagi sedap!
Ketika ditanya macam mana boleh tergerak hati untuk menyertai pertandingan ini, Wan Norliza memberitahu, dia tanpa sengaja terlihat iklan Baba’s ketika melayari laman sosial Facebook.
“Saya terus minta izin pada suami untuk sertai pertandingan. Alhamdulillah suami dan anak-anak menjadi penyokong terkuat saya.
“Resipi itu memang sedap dan menjadi menu kegemaran keluarga. Kami pula pengguna setia rempah kari Baba’s. Malam tu juga saya isi borang, tulis resipi, cari gambar dalam telefon dan hantar borang penyertaan,” ceritanya.
Meskipun pertandingan ini disertai ramai peserta yang hebat-hebat, Wan Norliza tetap menyimpan harapan untuk memenangi hadiah utama RM10,000.
“Saya berniat untuk jelaskan hutang kereta yang anak guna untuk belajar. Insya-Allah, jika ada rezeki semoga hadiah RM10,000 menjadi milik peserta bernama Wan Norliza Wan Mat,” jelasnya.
DAGING MASAK SERAI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging 1 peket rempah kari daging BABA’S 2 sudu makan serbuk kunyitBABA’S 2 sudu makan serbuk cili BABA’S 3 biji bawang besar holland (*) 3 ulas bawang merah (*) 5 ulas bawang putih (*) 2cm halia (*) 2 batang serai (*) 5 biji buah keras (*) 1 kotak santan (200ml) 3 helai daun limau purut 4 sekawan Minyak untuk menumis Bahan perasa (gula, garam, serbuk perasa)
CARA MEMASAK:
1. Potong daging kepada potongan kecil-kecil. Kemudian, kisar bahan bertanda (*) . 2. Panaskan minyak, kemudian tumis 4 sekawan. Masukan bahan kisar *, serbuk kunyit BABA’s, serbuk cili BABA’s. Kacau hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari daging BABA’s dan daging yang telah dipotong dan dicuci. Kacau sehingga empuk. 3. Masukkan santan. Perasa dengan garam, gula, air asam jawa dan serbuk perasa. Setelah agak pekat, bolehlah dihidangkan.
*Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti jala, ketupat, pulut kuning dan lain-lain. *lebih mudah jika menggunakan periuk tekanan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Raya dulu-dulu di kampung, memang lain perasaannya. Rasa sayu dan penuh kasih sayang. Dan pastinya, bila sebut pasal Raya, pasti tergambarkan suasana di kampung, air muka mak ayah serta adik-beradik kita.
Bila diingatkan balik, memang boleh senyum seorang diri. Kalau bab kuih raya, Along sehari sebelum raya baru terkial-kial nak buat kuih semperit. Paling best, bila Along buat semperit susu, guna susu pekat Saji. Memang sedap!
Angah pula, kalau bab mengemas rumah bagilah pada dia. Angah memang suka bila kena tukar langsir, gantung kad raya dan hiasan yang lain.
Bahagian dapur, memang maklah ketuanya. Bila mak masak rendang, memang orang lain tak boleh nak kacau. Rendang mak memang sedap, tak sama dengan rendang lain. Bila ditanya apa rahsia, mak jawab kena guna minyak dan santan Saji je, baru rendang menjadi elok.
Di luar rumah, abah dengan abang sibuk bakar lemang. Kalau nak tahu, lemang ni hidangan wajib ada di atas meja selain rendang mak. Nak buat lemang bukan senang, silap haribulan lemang tak masak. Sebab tu, abah akan ajar dulu cara-cara buat lemang.
Bermula dari langkah awal basuh beras Saji, berapa banyak santan nak guna dan semestinya Santan Saji. Sukatan garam juga perlu betul. Ah bila guna garam Saji semuanya jadi sempurna. Jadi dari awal hinggalah ke proses membakar lemang, itu semua ilmu berharga.
Malam raya paling yang dinanti-nantikan. Sangat meriah! aksi budak-budak lelaki bermain mercun atau meriam buluh dengan bunyi yang sangat kuat! Bunga api pula memang wajib, umpama lampu lip-lap lip lap di malam hari.
Pagi raya! Bukan main lagi bunyi alarm telefon nokia, tapi orangnya masih tidur nyenyak. Bila pagi raya begini, mana yang bangun lambat memang ada potensi terpijak dengan adik-adik!
Belum lagi masuk bab berebut bilik air. Abang suka mandi lama dalam bilik air, sampaikan abah kena ketuk banyak kali barulah abang keluar.
Tiba masa untuk makan! Semua makanan Raya hasil masakan air tangan mak. Takkan sama dengan makanan yang dibeli. Bila dah selesai semua, tiba masa sesi bersalaman.
Sehinggalah tiba giliran adik bongsu, Ijat untuk salam, kedengaran suara mak meminta untuk cepat balik sambil tersenyum. Ah mimpi rupanya!
Nostalgia dulu mengusik jiwa, setiap bibit memori yang kadangkala nampak mudah dan insignifikan sebenarnya paling melekat dan terpahat dalam jiwa.
Namun, semakin kita dewasa, kemanisan Raya terasa semakin pudar. Bukan kerana hilang kemeriahannya tetapi disebabkan situasi hidup yang berubah, tanggungjawab dan persekitaran kita yang jelas sudah berbeza.
Semua memori ini walaupun indah dan menggamit bukannya sebab untuk kita mengeluh dan kesal malah ia menyedarkan kita bahawa Raya itu bukan terletak pada sesuatu yang fizikal atau material, tetapi Raya itu sebenarnya lebih bererti apabila kita raikan bersama mereka yang tersayang.
Biar tak semeriah dulu, namun Raya betul terasa Raya bila kita raikan bersama mereka yang tersayang. Saji sentiasa mengembali dan menyegarkan kenangan dulu-dulu. Mengeratkan kasih seluruh keluarga,