Sekarang ni musim hujan kan. Petang-petang je mesti hujan. Apa kata kita buat ubi kayu sira gula pedas. Sedap sesangat. Jangan lupa bancuh kopi o. Terangkat la makan macam ni. RASA kongsikan resipi daripada status facebook atas nama Fatin Ramli.
Petang-petang ni dok saja-saja nampak ubi kayu so tercetus la menu zaman kanak-kanak dulu, sedap wea lama tak makan, ubi sira gula pedas Dulu kecik-kecik cukup suka makan ni, ni dah kira 20 tahun kemudian Baru nak merasa balik. Simple je rupanya buat ubi ni. – Fatin Ramli
BAHAN-BAHAN
3 tongkol ubi kayu
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
Gula
Garam
CARA MEMBUAT
1. Potong ubi kayu ikut cita rasa masing-masing.
2. Goreng ubi kayu sampai kekuningan dan empuk.
3. Angkat ubi kayu. Ketepikan.
4. Tumbuk bawang putih.
5. Tumis bawang putih dan cili kisar.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Biarkan cili masak. Masukkan ubi kayu tadi.
8. Salut ubi kayu serata mungkin. Siap!
Kredit Resipi Fatin Ramli