Aiskrim Malaysia kalau dijual ketika cuaca panas begini memang cepat laku. Lagi-lagi, tibanya musim buah mangga pula. Memang sesuai buat Aiskrim Mangga Segar.
Bahan-bahan nak buat Aiskrim Mangga Segar ini pun mudah sahaja. Paling penting, hasilnya nanti gebu dan terasa isi mangganya. Jom kita cuba resipi perkongsian daripada Nuriza E’za April ini.
AISKRIM MANGGA SEGAR
BAHAN-BAHAN:
2 tin susu pekat* – Boleh beli online di sini
2 tin susu cair* – Boleh beli online di sini
8 – 9 tin air masak (sukat guna tin susu)*
1 cawan gula* – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam*
Kordial mangga
5 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air (tak nak pun tak apa, masih tetap gebu aiskrimnya) – Boleh beli online di sini
Buah mangga secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Masak bahan bertanda hingga mendidih.
Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata biarkan mendidih sekejap dan tutup api.
Tunggu suam atau sejuk,baru masukkan kordial mangga. Kacau sebati.
Apabila base susu telah sejuk, baru boleh buat aiskrim.
Masukkan isi mangga ke dalam plastik aiskrim. Kemudian, masukkan base mangga lalu pintalkan.
Siap. Bekukan dahulu dan bolehlah menikmatinya.
NOTA: Kalau rasa manis, boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing.
Kredit: Nuriza E’za April
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official