
Haritu saya teringin sangat nak makan Penang Asam Laksa, tapi mestilah nak yang gerenti sedap barulah terlunas rasa teringin tu. Bayangkan bila order makanan yang kita teringin bila sampai tak sedap? Mesti kita kecewa rasa nak terbalikkan meja kan? Nasib baiklah masa saya jalan-jalan dalam Setia City Mall terjumpa outlet MyLaksa ni! Bau dari jauh pun dah menarik perhatian saya untuk cuba Penang Asam Laksa. Tanpa berlengah saya terus cuba menu Asam Laksa KAW KAW!

Kalau korang nak tahu, outlet MyLaksa di Setia City Mall ni baru je dibuka tahun ni pada bulan Januari. Ishhh patutlah selama ni saya tak perasan outlet ni. Lepasni kalau boleh nak lunch MyLaksa je lah.
Dalam semangkuk Asam Laksa KAW KAW ni ada bebola ikan, telur dan beberapa hirisan timun. Kalau korang nak lagi rasa KAW KAW kuah asam laksa tu jangan lupa sebatikan dengan pes udang yang disediakan tu sekali tapi saya tak letak pun dah rasa tak cukup semangkuk kalau letak mesti nak semangkuk lagi.
Selain menu Asam Laksa KAW KAW, korang juga boleh order Asam Laksa KAW KAW Special ataupun Asam Laksa Royal.

Untuk maklumat lanjut lokasi dan menu yang disediakan boleh ke www.mylaksa.asia
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang, Sedap & Berbaloi! Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

Apabila jam menunjukkan ke angka 4 petang, ramai ibu-ibu di Malaysia sudah ‘turun padang’ ke dapur untuk merancang hidangan makan malam, sama ada untuk suami yang pulang dari kerja, anak-anak yang baru balik sekolah atau sekadar mengisi perut keluarga dengan hidangan panas yang membangkit selera. Jadi, bila jarum jam mencecah angka 4, tanyalah diri sendiri, “Dah masak belum?” Kalau belum, jawapannya mudah saja kerana Kimball Jadikannya!
Kimball mahu jadikan jam 4 petang sebagai sesuatu yang ikonik iaitu waktu memasak bagi keluarga di Malaysia. sama ada anda mahukan lauk yang ringkas untuk makan malam, kudapan yang kreatif untuk anak-anak atau sajian pasta moden untuk hujung minggu, Kimball sentiasa ada untuk menjadikannya lebih mudah, sedap dan berbaloi.
Kimball, Solusi Dapur Keluarga Malaysia
Menjadi satu jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, Kimball bukan saja sekadar hadir dengan sos atau bahan masakan, malah kini menjadi solusi yang praktikal kepada para ibu yang mahu masak dengan cepat dan enak.

Dengan tagline ‘Kimball Jadikannya’, jenama ini memberi tiga nilai utama yang penting bagi keluarga moden iaitu:
- Senang – mudah digunakan, ringkas dan menjimatkan masa
- Sedap – rasa Malaysia yang digemari seisi keluarga
- Berbaloi – harga mampu milik dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis hidangan
Tidak kira sama ada anda seorang ibu yang bekerja, pasangan baru berkahwin atau individu yang baru belajar masak, Kimball mampu menjadikan setiap hidangan terasa istimewa.
Dapur Ceria Bersama Kimball

Tak tahu nak masak apa malam ni? Kimball bersama-sama Chef Asma dan Cik Piah dari Suria FM telah bergandingan dalam satu program memasak secara live di TikTok – Dapur Ceria yang pastinya memberi ilham kepada para ibu dengan 4 resipi yang sedap dan mudah untuk makan malam.
Ini antara 4 resipi yang Chef Asma tunjuk semasa live sesi pertama pada 8 September 2025. Anda boleh cuba sendiri resipi mudah ini di rumah!
Udang Masak 3 Rasa
Bahan-bahan:
- 500 gram (20 ekor) udang sederhana – diperap dengan sedikit garam halus & serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar merah – dipotong bulat
- 1 biji tomato – dipotong kiub besar
- 3 urat kacang panjang – dipotong serong
- 5 ulas bawang putih – dihiris nipis
- 1 biji cili merah – dipotong serong
- 5 sudu besar Kimball Sos Cili
- 3 sudu besar Kimball Sos Tiram
- 2 sudu besar Kimball Sos Tomato
- 2 sudu besar minyak masak
- Gula pasir secukup rasa
Cara Memasak:
- Perap udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit selama 15 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang dan masak sehingga bertukar kemerahan serta empuk.
- Masukkan Kimball Sos Cili, Kimball Sos Tiram dan Kimball Sos Tomato. Gaul hingga sebati dan rata.
- Akhir sekali, masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato serta sedikit gula mengikut citarasa.
- Gaul rata seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Tip: Hidangan ini lebih enak jika dimasak sehingga kuahnya sedikit pekat dan berkilat.
Mac & Chick Kaw Special
Bahan-bahan:
- 200 gram Kimball Macaroni
- 200 gram ayam kisar
- 1 tin Kimball Sos Tomato Cendawan
- 3 sudu besar Kimball Sos Cili
- 50 gram bawang besar holland – potong kiub
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam halus secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
Bahan Topping:
- 250ml (1 cawan) susu cair
- 2 biji telur
Cara Memasak:
- Rebus Kimball Macaroni selama 8 minit. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan ayam kisar, masak hingga kering dan empuk.
- Tambahkan Kimball Sos Tomato Cendawan dan Kimball Sos Cili. Gaul rata.
- Masukkan Kimball macaroni yang telah direbus, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
- Dalam mangkuk berasingan, pukul ringan susu cair bersama telur. Tuangkan ke atas campuran macaroni.
- Masukkan ke dalam bekas tahan panas.
- Bakar pada suhu 180°C selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Menariknya, setiap resipi menunjukkan betapa versatilnya sos Kimball dalam pelbagai gaya masakan, dari lauk tradisi sehingga ke hidangan moden.
Jangan Lepaskan Episod Kedua

Istimewa untuk anda yang mencari inspirasi masakan mudah setiap hari, episod kedua Dapur Ceria akan bersiaran secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 nanti. Jangan lepaskan peluang! Harap lepas tonton live ni, anda akan dapat idea untuk pilih menu apa yang nak dimasak untuk makan malam.
Di samping perkongsian resipi menarik, para penonton juga turut diberi tip masakan praktikal daripada Chef Asma dan celoteh mencuit hati bersama Cik Piah. Dapur Ceria bukan sekadar sesi masak-masak tetapi ia ibarat hiburan yang membuat anda terasa seolah-olah berada di dapur sendiri bersama mereka berdua.
Kimball Turun Padang – Dapur Ceria In-store Roadshow
Tidak hanya di alam maya, Kimball juga akan mendekat para peminatnya secara fizikal melalui Dapur Ceria In-store Roadshow.

Menerusi roadshow ini, anda boleh mendapatkan promosi eksklusif bagi produk Kimball, serta menyertai pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, sesuai untuk seisi keluarga.
Untuk jadual lengkap jelajah di lokasi berhampiran, anda hanya perlu ikuti akaun rasmi media sosial Kimball.
Kimball Jadikannya – Senang, Sedap, Berbaloi!

Jangan lupa tonton episod kedua Dapur Ceria dengan Chef Asma dan Cik Piah secara langsung di TikTok pada 14 Oktober 2025 ini dan sertai Dapur Ceria In-store Roadshow di lokasi yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari Facebook Kimball.
Saji-an Misteri, Menu Lazat & Cukup Menyelerakan! Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Bersagu

Sudah lama rasanya tidak menikmati hidangan siput sedut masak lemak. Meskipun agak sukar untuk menyiang siput, tetapi ramai yang sanggup bersusah-payah demi semangkuk hidangan yang lazat berlemak ini. Walau dimasak dalam pelbagai gaya dan cara mengikut negeri, ia tetap menjadi hidangan kegemaran ramai. Ada yang gemar kuahnya cair dan ada pula mahu kuahnya pekat. Puas menikmati siput sedut masak lemak, akhiri pula dengan pengat pisang bersagu sebagai pencuci mulut. Ah memang tersandar kekenyangan dibuatnya.
Cabaran Saji-an Misteri yang diberi kepada Ashhryyyyy telah disambut dengan dua menu ini. Seronok melihat dia memasak, mengolah hidangan dengan menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Kami kongsikan resipi Ashhryyyyy menggunakan Santan Kelapa SAJI. Memang sedap dan sungguh menyelerakan.
Siput Sedut Masak Lemak

BAHAN-BAHAN:
- 2 kg siput sedut
- 6 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 2 inci kunyit
- 1 helai daun kunyit
- 1 batang serai
- 10 biji cili padi
- 2 cawan Santan Kelapa SAJI
- 100 gram udang kering
- 1 keping asam keping
- Garam Gunung SAJI secukupnya
- Gula SAJI secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Siang dan bersihkan siput sedut.
- Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, serai, udang kering dan cili padi sehingga hancur.
- Masukkan Minyak Masak SAJI di dalam kuali. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan sekeping asam keping.
- Ambil serai, ketuk dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
- Selepas tumisan dah cantik dan sedikit kering, tambahkan sedikit air dan masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi bersama Santan Kelapa daripada SAJI.
- Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan Gula SAJI secukup rasa mengikut kesesuaian lidah masing-masing.
- Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan gaul sebentar. Shooo Shedapp!
Pengat Pisang Bersagu

BAHAN-BAHAN:
- 500 gram sagu
- 5 biji pisang
- Gula kabung
- 2 cawan Santan Kelapa SAJI
- 1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
- Gula merah secukupnya
- Garam Gunung SAJI secukupnya
- Daun pandan
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan gula kabung ke dalam periuk berisi air yang mendidih. Tunggu gula kabung cair dan masukkan daun pandan supaya lebih wangi.
- Masukkan gula merah sedikit dan Garam Gunung SAJI bagi menaikkan rasa pengat pisang.
- Selepas gula cair, masukkan sagu. Tunggu sehingga sagu berubah warna jernih.
- Kemudian, masukkan pisang yang telah dipotong dua, Santan Kelapa SAJI dan Krimer Sejat Cair SAJI. Tunggu sehingga pengat pisang mereneh.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba semua!
Masak, Kongsi & Menang!
Tonton aksi empat personaliti memasak pada setiap minggu. Mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan pelbagai bahan daripada kotak misteri SAJI. Aksi di dapur ini akan dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November. Tonton aksi mereka jam 1.00 petang di Instagram Majalah Rasa.

Anda turut berpeluang memenangi wang tunai RM500 serta barangan SAJI dengan menyertai SAJI-an Misteri bersama Rasa. Cara penyertaan mudah sahaja. Ini cara-caranya:
- Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
- Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mesti menggunakan produk SAJI.
- Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Udang Buttermilk Mudah Buat, Sedap Hingga Menjilat Jari

Masakan berasaskan udang memang menjadi kesukaan ramai. Jika anak tak suka masakan bersambal boleh cuba resipi udang butter milk ini. Resipi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak. Nak pedas boleh letak. Malah nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu anda kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap pula tu.
CARA MASAK UDANG BUTTERMILK SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Udang galah – saiz besar/ sederhana
- Mentega – lagi banyak lagi sedap
- ½ tin susu cair – nak berkuah boleh letak lebih
- 7 ulas bawang putih – dikisar halus
- Cili api kalau suka – tumbuk/kisar halus bersama bawang putih
- MAGGI®️ CukupRasa
CARA MEMASAK:
- Goreng udang terlebih dahulu dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
- Guna minyak bekas goreng udang tadi untuk tumis bawang putih.
- Bila bawang putih kelihatan agak garing, masukkan susu cair dan MAGGI®️ CukupRasa.
- Kacau sebati. Masukkan udang. Gaul lagi.
- Masak sehingga pekat. Angakt dan siap untuk dihidang.
PETUA: Bagi anda yang suka pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi dalam tumisan. Memang sangat sedap.Untuk rasa lebih sedap, guna undang bersaiz besar.Barulah lebih puas makan.
Kredit foto: Shutterstock


