Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.
Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.
NABEYAKI UDON
Ads
BAHAN-BAHAN:
250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
BAHAN SUP:
Ads
500ml air
3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih
BAHAN HIASAN:
Ads
Hirisan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.
Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Seronok dan 'happy' sungguh Cik Manggis (De Fam) bila masakan Mi Bandungnya dipuji oleh ayahnya Shamsuddin Idris (pemain drum The Zurah II). Mi Bandung ni memang sajian kegemaran ayah Cik Manggis. Shamsuddin beri markah 8 untuk sajian air tangan anak kesayangannya.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ceria menemani ayahnya makan Mi Bandung di Restoran Mak Ngah Corner, Bukit Jelutong, Shah Alam. Balik dari restoran yang juga milik sahabat karib ayahnya, Cik Manggis buat kejutan membawa ayahnya ke homestay di Rawang , Selangor untuk berehat. Rupa-rupanya dalam diam-diam Cik Manggis ke pasaraya membeli bahan ramuan untuk masak Mi Bandung semasa ayahnya berehat tidur.
Sebelum itu Shamsuddin memang ada mencabar anaknya untuk masak Mi Bandung. Tak sangka pula bila bangun tidur, Mi Bandung dah siap dimasak. Katanya mi bandung Vik Manggis memang sedap dan beri markah 8 daripada 10. Paling mengejutkan Cik Manggis pemilik Restoran Mak Ngah Corner yang dipanggil Pak Ngah oleh Cik Manggis memberi markah 9 untuk Mi Bandung , Cik Manggis.
Hari tu memang cukup menggembirakan dua beranak ini. Apa tidaknya dapat mengisi masa lapang bersama dengan berkaroake dan bermain, disulami dengan gelak ketawa.Memang sungguh anak bapak ni.Ni lah masa dapat bermanja dengan bapak…sweet kan.
MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN :
400 gm @ 1 bungkus mi kuning | bilas dan celur
4-5 ekor udang basang *saiz sederhana
2-3 ekor sotong | dipotong bulat
50gm udang kering | dikisar * kalau nak wangi boleh sangai dulu baru kisar
1/4 cawan kacang tanah goreng |ditumbuk
1 ikat sawi | dipotong
200gm hirisan daging @ secukupnya
5 cawan air rebusan daging * bergantung kepada kepekatan dan jumlah kuah yang diingini
1 kiub ayam
4 biji telur
Gula secukupnya
Sedikit garam jika perlu * sebab udang kering pun dah bergaram
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu makan pes cili kering
Bahan hiasan :
3 keping tauhu goreng | dihiris nipis
Bawang goreng secukupnya
Hirisan cili merah
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
4. Tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.
Teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Khamis, jam 1 petang di Astro Prima 105 dan Prima HD 121
Bestnya Spageti Aglio Olio ni. Bulan Syawal ni memang banyak majlis makan-makan. Ada ‘open house’ taman, potluck raya pejabat dan jamuan raya anak-anak di sekolah. Untuk anak-anak, menu mestilah yang mesra selera si kecil supaya semua makan. Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Pasti licin anak-anak makan.
CARA MASAK SPAGETI AGLIO OLIO UNTUK JAMUAN RAYA SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spageti – rebus, toskan – beli online disini
3-4 ulas bawang putih – tumbuk
Minyak masak secukupnya
2-3 helai daun bay – beli online disini
Lauk pilihan (sosej, udang, ayam)
Cendawan butang secukupnya – beli online disini
Tomato – potong dadu
Cili flakes secukupnya – beli online disini
Parsley flakes secukupnya – beli online disini
Kiub pati ayam secukup rasa
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam periuk. Rebus spgeti hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan daun bay dan juga bahan-bahan lauk. Gaul sebati hingga lauk masak.
4. Masukkan hirisan cendawan butang dan juga tomato. Gaul lagi hingga agak layu.
5. Tambahkan cili flakes, parsley flakes, cukup rasa atau kiub ayam dipecahkan dan juga garam dengan secukupnya.
6.Bila bahan dalam kuali dah wangi, masukkan spageti. Gaul hingga sebati dengan semua bahan-bahan lain.
7. Angkat dan Spgeti Aglio Olio sedia untuk dihidang.
8. Untuk jamuan anak sekolah, bungkus spageti dalam bekas burger plastik. Cucukkan garfu mini. Tutup kemas.
INFO: Untuk sekolah menengah sesuai, untuk sekolah rendah jangan isi banyak sangat. Sebab ada makanan lain kan.
Resipi mi kicap papa ini menurut Nurul Wada Adilah Azmi bukan sekadar sedap tapi penuh dengan kenangan dan kasih sayang.
Resipi istimewa ini diwarisi daripada arwah ayah tercinta yang sememangnya pakar menyediakan mi kicap meriah dengan pelbagai isi daripada daging rebus, udang, sotong, ayam, sehinggalah sayur-sayuran segar.
Walaupun versi kali ini dimasak dengan bahan seadanya, rasa tetap enak dan mengundang nostalgia. Kuahnya likat, manis lemak yang berbaloi dicuba.
Resipi Mi Kicap Meriah Isi, Kuah Likat
Bahan-bahan
Mi kuning -dicelur
Bawang putih & halia -ditumbuk halus
Sos tiram
Kicap manis
Tepung jagung
Daging (direbus, simpan air rebusan untuk kuah)
Lobak merah, baby corn, kobis bunga, sawi (ikut suka)
Ayam, udang, sotong (jika suka)
Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih dan halia tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan air rebusan daging dan daging yang telah direbus.
3. Tambahkan sayur keras dahulu seperti lobak, baby corn dan kobis bunga. Bila sayur lembut, masukkan ayam.
4. Perasakan dengan sos tiram dan kicap manis. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah likat.
6. Akhir sekali, masukkan udang atau sotong. Setelah semua masak, masukkan mee kuning celur. Gaul rata dan padamkan api.
Sos sampingan wajib cuba – cili padi, timun dipotong kecil dan sos tomato. Gaul semua bahan hingga rata dan hidang bersama mi kicap. Memang ‘terangkat’!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!