Nabeyaki Udon. Pilihan Makan Malam Terbaik Buat Anda Yang Suka Sajian Jepun.

Share

Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.

Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.

NABEYAKI UDON 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
  • 100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 batang daun bawang
  • 3 biji cendawan shitake

BAHAN SUP:

  • 500ml air
  • 3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
  • 2 sudu teh gula
  • 10 ekor ikan bilis putih

BAHAN HIASAN:

  • Hirisan rumpai laut

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
  2. Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
  3. Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.

Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.

Published by
Nur