Apabila menanam sendiri pokok tanaman di rumah, pasti inginkan hasil yang menggembirakan hati kan. Namun tak semuanya menjadi seperti yang kita inginkan.
Contohnya pokok tomato. Belum sempat nak membesar dan berbuah, pokok pula layu dan tak sempat nak tengok hasilnya.
Namun menurut perkongsian daripada Mysarah Mk ini, pokok tomato memerlukan penjagaan rapi barulah dapat hidup dengan subur.
Jom kita ikuti trik dan tips yang dikongsi Mysarah Mk.
NAK KONGSI PENGALAMAN SAYA TANAM TOMATO
Ads
1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batang dia lembut (contoh: ikat pada kayu pancang/pagar)
2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas **(ni paling penting. Saya tanam kali kedua tak berapa menjadi sebab tak ada teduhan dah, pokok besar tu dah kena tebang)
3. Pendebungaan: perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato ni cepat layu kalau panas dan jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam dan ezigrow.
5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu. 6. Buah perlu balut, kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.
Antara pokok tomato yang pernah saya tanam, bertahan hampir 9 bulan dan berbuah hampir 100 biji. Cuma jangan gunakan tali rafia untuk ikat pokok macam saya sebab lama-lama tali tu reput, kena ganti tali lain.
Ads
Saya dah tak tanam tomato sekarang sebab dah tak sempat belek pokok-pokok yang cerewet seperti ni. Sekarang ni tanam pokok yang senang bela je seperti pokok bendi.
Masak nasi terutamanya jika guna beras tempatan, sukatan air mesti cukup-cukup. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi kadang-kala terjadi juga masalah masak nasi terlebih air ni. Selalunya ia akan berlaku jika anda tukar jenama beras, masak sambil fikir benda lain atau minta anak-anak atau suami yang tolong jerangkan. Kalau ia terjadi, alahai…Kecewanya.
foto: thespruce.com
Bercakap mengenai nasi lembik ni, kalau boleh memang nak elak dari terjadi sebab ada sesetengah dari kita boleh je makan nasi begini tetapi ada yang kurang suka. Malah kalau nak buat nasi goreng pun, memang tak sedap kalau guna nasi macam ni. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, ini petua yang boleh dicuba.
PETUA GEBUKAN KEMBALI NASI YANG LEMBIK
Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
Bila makan macam-macam, bak kata orang tak ingat dunia, perut pun boleh meragam. Mula lah rasa tak selesa, sebu dalam badan. Pelbagai petua tradisional boleh diamalkan untuk membuang atau menghilangkan angin dalam badan termasuklah dengan susu tepung!
Menurut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
Susu Buang Angin
Bahan-Bahan
2 sudu besar susu tepung
1 susu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Cara Penyediaan
Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.
Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam 1 minit.
Masukkan pula madu.
Setelah itu masukkan pula susu tepung.
Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum 1 jam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.