Dalam bab memasak kita juga perlu tahu jenis-jenis bahan yang digunakan sama ada sesuai digunakan dalam masakan tersebut. Maka dengan itu anda perlu hadam terma terma seperti yang dikongsikan ini agar masakan yang dihasilkan menjadi enak dan boleh diterima tekak.
Perkongsian oleh Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru-baru nak membaking.
“Ini petua kampung je. Tak ada saintifik punya terma bagai. Asal faham sudah, supaya tak tersalah beli dan tak kecewa.Yang selalunya jadi confuse tu sebab dua-dua ada perkataan ‘Whip’. Ok, jangan kisah perkataan ‘whip’ tu. Buat keliru je.
Mana boleh guna untuk apa? Kena faham dua perkara ini dulu : ** DAIRY (Tenusu) ** NON DAIRY (Bukan tenusu)
DAIRY (WHIPPING CREAM) Bila kata TENUSU je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya dekat kotak. (Ultra Heat Temperature) biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu. Begini cara nak ingat dia supaya senang faham : SUSU – LEMBU – LEMAK – TAKLEH BENTUK. Dia semata-mata untuk rasa lemak yang sedap dan imej leleh-leleh tu, ia sesuai disenduk untuk makan sebab memang tak stabil.
Ads
FRESH CREAM / WHIP TOPPING Bila kata BUKAN TENUSU ingatlah lelemak sayuran (biasanya dari kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ni ada rasa manis, sebagai agen stabiliti. Cara nak ingat supaya senang faham : LELEMAK SAYURAN – KELAPA SAWIT – INGAT DAUN KELAPA SAWIT TU – INGAT BENTUK DAUN – BOLEH DI PIPING JADIKAN MACAM2 BENTUK. Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok, dan apa-apa sahaja yang perlukan ‘volume’ untuk cantik!
Jadi kita ada dua perkara kena faham. Satu susu (lembu), satu lagi kelapa sawit. Apapun, keduanya tak boleh over beat. Cik susu akan terpisah jadi mentega, cik kelapa sawit akan mencair pula tak boleh dibentuk.
Harapnya formula kampung ni dapatlah membantu kefahaman buat anda semua. Ingat, susu (lembu)- takleh bentuk. Ingat, daun kelapa sawit – boleh bentuk. Moga bermanfaat!
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
“Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.”
Peria; sayur biasa yang mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
Usah khuatir kerana ada petua untuk menghilang atau mengurangkan rasa pahit peria ini. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus.
foto: www.misslizzy.me
Pastikan tenggelam. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan toskan peria. Kemudian masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Rasa pahit pasti berkurangan.
Musim rambutan berlambak, tapi leceh kalau tergigit biji kan.
Jom kita ikut cara senang yang dikongsi Amanda Tan keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik saja. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kata Amanda, dia kongsikan cara ini supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.
Paling penting, budak-budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Biar lama asalkan selamat untuk budak budak.
Caranya mudah saja:
*Kupas kulit rambutan terlebih dahulu.
*Guna sudu plastik jernih (seperti dalam gambar).
*Masukkan bahagian tangkai sudu ke dalam bahagian buah rambutan.
*Kemudian, putar-putar tangkai sudu sehingga biji rambutan tercabut. Tarik keluar sudu bersama biji tersebut.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!