Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.
Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.
Jom kita lihat resipinya.
IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.
Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.
Kalau terasa lapar boleh masak lauk yang paling simple tapi mengenyangkan sekeluarga. Buatnya pun mudah dengan bahan -bahan sedia ada. Anak pun boleh bantu buat.
Sup Ayam Telur Kacau
Hidangan untuk 4-5 orang
Bahan:
2 isi dada ayam
seinci halia – hiris – BELI ONLINE DI SINI
segenggam daun sup
1 sudu besar lada putih biji -BELI ONLINE DI SINI
3 cawan air / stok
4 biji telur – kacau rata
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan 3 sudu besar air
1 sudu besar minyak bijan – BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Goreng isi dada ayam dengan sedikit minyak sehingga keperangan. Kemudian masukkan air/stok tadi, daun sup, hirisan halia dan biji lada putih. Renehkan 30 minit atau ayam masak.
2.Keluarkan isi dada ayam tadi, siatkan dan ketepikan.
3.Tapis sup renehan tadi untuk dapatkan sup yang jernih dan buang daun sup, hirisan halia dan biji lada putih kerana tidak akan digunakan lagi.
4.Reneh semula sup dengan api perlahan dan tuangkan telur yang telah dipukul sambil dikacau perlahan untuk dapatkan tekstur seperti reben. Habiskan kesemua telur tadi. Masukkan sebahagian siatan isi dada ayam tadi.
5.Masukkan tepung yang telah dilarutkan tadi untuk memekatlan sedikit sup sambil dikacau perlahan.
6.Perasakan garam dan lada sulah. Tutup api dan akhir sekali taburkan sedikit minyak bijan. 7.Hias dengan daun sup dan lebihan siatan isi ayam. Sedia untuk dihidang.
Kredit: fb Nor Aishah
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM BELI DI SINI
Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya. Tapi jangan risau ada cara untuk pastikan sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
*CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!