Bagi para peminat Kek Gula Hangus, rasa nak kongsikan satu resipi perkongsian Chef Garang yang sangat mudah dan elok hasilnya. Lihatlah gambarnya, dah boleh terbayang keenakan kek ni. Istimewanya resipi ini, anda tak perlu perap adunan hingga 4 jam. Lepas adun, boleh terus dibakar. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT (tak perlu perap 4 jam / guna loyang 7 X 7 inci )
CARA MEMASAK: 1. Cairkan gula di dalam periuk sehingga perang gelap. 2. Kemudian tuang air panas dan biarkan air gula hangus menggelegak 3. Masukan mentega yang dipotong kecil bersama vanilla compound dan butter compound. Ketepikan.
BAHAN B:
Ads
300gm telur (6 biji telur size B) – chef guna yang sejuk sebab simpan dalam peti sejuk
200gm susu pekat manis – sejuk sebab simpan dalam peti sejuk (beli online disini)
CARA MEMASAK: 1. Kacau telur dan susu (bahan B) bersama menggunakan pemukul tangan. Tak perlu kembang pun. Cukup sekadar untuk sebati. 2. Tuang 1/3 adunan air gula karamel (bahan A) yang telah suam ke dalam campuran Bahan B. Pukul menggunakan pemukul tangan sehingga berbuih. 3. Masukan 1/2 bahagian tepung (bahan C) kemudian kacau lagi. 4. Masukan 1/3 bahagian air gula karamel tadi. Kacau. 5. Habiskan campuran tepung dan air gula karamel dan kacau sehingga sebati 5. Tapis adunan kek ke dalam bekas lain. 6. Leserkan loyang yang panas dengan minyak atau non-stick grease spray. 7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang panas dan kecilkan api.
8. Masak kek di atas api dapur sehingga kering dan berlubang di permukaannya.
9. Kemudian barulah masukan kek ke dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 150C. Bakar guna api atas dan bakar sehingga masak.
10. Sejukan kek dan potong kek secara melintang
Nota: 1. Chef guna bekas pemanggang seperti gambar di bawah. Lapik alumunium foil kemudian letak batu kerikil kecil. (chef guna batu akuarium). Kemudian lapik sekali lagi dengan alumunium foil. Jika tiada boleh gunakan periuk sebagai ganti.
Baru akuarium beli kat kedai EcoBatu yang di tutup dengan alumunium foilLoyang yang sudah siap di lapik
2. Cara yang Chef gunakan tidak perlu peram 4 jam kerana method campuran suhu panas (air gula karamel) bersama dengan telur/ susu yang sejuk. Kesan campuran pada suhu yang suam akan meyebabkan protein pada telur akan stabil dan juga soda bikarbonat “bekerja” dengan mengeluarkan karbon dioksida secara cepat.
3. Jika dilihat pembuatan kek gula hangus / sarang semut yang klasik, orang dahulu menggunakan peralatan asas seperi periuk, pemukul telur, loyang bingka ataupun oven hitam cap rama rama. Suhu semasa memanggang memainkan peranan ketika pembakaran.
4. Suhu yang sekata dari batu yang panas ketika memanggang akan menyebabkan “tunnel” di hasilkan dari tindak balas bahan penaik.
Ads
5. Jika dibakar di dalam oven terus akan menyebabkan permukaan kek masak – “protein coagulate” dan karbon dioksida tidak dapat melepasi pada penghujung tunnel (permukaan kek)
Kek minyak adalah salah satu kek yang tergolong dalam kek dulu-dulu. Kek jenis ini selalu dibuat ketika meraikan ramai tetamu misalnya ketika sambutan perayaan, majlis perkahwinan dan hari jadi. Nak buat pun ringkas sahaja. Jom try buat.
KEK MINYAK PELANGI
Bahan-bahan
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar vanilla paste / essence
1 cawan minyak jagung
Pewarna (oil base untuk warna yg cantik)
Cara membuat
1. Lenser loyang berukuran 8” dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
3. Pukul telur bersama gula kastor, garam sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette dan susu pekat, vanilla paste. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yg digemari. Setiap satu bahagian adalah dalam 201 gram beratnya.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
9. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam dengan api atas dan bawah.
Laksa Johor adalah sajian istimewa yang menjadi kebanggaan rakyat Johor dan merupakan sajian wajib cuba bila berkunjung ke sana. Berbanding dengan laksa negeri lain yang menggunakan laksa beras dan mi, hidangan ini menggunakan spageti. Unik tapi sedap. Nak cuba buat sendiri sajian ni? Saudari Nuryusra Ibrahim Kutty ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LAKSA JOHOR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus spageti – rebus lembut & sanggulkan
2 batang serai – ketuk
4 senduk cili kisar
4 sudu makan rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air supaya jadi pes
4 sudu makan kerisik
2 kotak santan
4 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
2-3 tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
BAHAN RENCAH IKAN:
4-5 ekor ikan kembung/selar/selayang/parang
5-6 ekor udang
Udang kering – kisar
Ikan masin kurau – kisar
BAHAN SAMPINGAN:
Timun
Kacang panjang
Daun kesum/daun selasih
Bunga kantan
Bawang holland
Limau Kasturi
Sambal belacan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan, rebus, buang tulang dan kisar isi guna air rebusan ikan. Tuang dalam mangkuk.
2. Masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Tuang air dan kisar halus. Tapis dan ambil air kisarannya untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai hingga keluar minyak.
4. Masukkan pes rempah kari dan cili kisar.
5. Masukkan kisaran isi ikan dan tulang, udang, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar. Biarkan seketika hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
7. Masukkan juga asam gelugur, kerisik dan juga santan.
8. Akhir sekali, perasakan kuah dengan garam dan gula perang / gula melaka dengan secukupnya.
9. Sedia untuk dinikmati bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.
Sesekali menjamah Nasi Ulam memang sedap. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam Utara perkongsian saudari Ani Mizi ni antara yang terbaik yang boleh dicuba.
RESIPI NASI ULAM UTARA
BAHAN-BAHAN:
7-10 senduk nasi sejuk
BAHAN ULAM ( HIRIS HALUS):
Daun selom
Daun Kesum
Daun Kemangin
Daun Ulam Raja
Daun kunyit ( aneka ulam ni boleh ditambah pelbagai jensi lagi. Paling bagus guna ulam yang beraroma)
1 biji bawang besar
5-6 batang serai
BAHAN TUMBUK:
1kan tenggiri masam atau gelama masam – digoreng dan ditumbuk
½ inci lengkuas
15-20 biji cili padi
1 inci belacan
3 sudu makan beras – goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
Kerisik
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.
2. Kemudian masukkan aneka ulam-ulaman yang dihiris. Gaul rata.
3. Rasa nasi dan jika kurang rasa, boleh tambah garam atau isi ikan masin tumbuk dengan secukupnya.