Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Nampak sedap dan membuka selera. Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Roti sandwic ni memang antara yang selalu kita beli. Macam-macam boleh dihasilkan menggunakan roti ni. Kalau dapat makan roti yang baru lepas dibakar, memang nikmat tak terkata. Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau uli dan bakar sepenuhnya menggunakan ‘bread maker’. Memang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI ROTI SANDWIC HOMEMADE ( WHITE LOAF).
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung roti
250ml susu segar
2 sudu makan gula pasir (empunya resipi guna brown sugar)
2 sudu makan mentega
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan butang fungsi ‘Basic’ (atau apa sahaja yang ada di bread maker anda) untuk membuat loaf. 2. Pilih setting ‘Light’ untuk crust dan 1.5lb untuk saiz roti. 3. Biarkan ‘bread maker’ menjalankan proses menguli dan bakar dalam tempoh masa 2 jam 53 minit. 4. Bila roti telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Kemudian bolehlah dinikmati mengikut cita rasa.
Tip:
1. Pada minit awal doh diuli, anda kena sentiasa lihat keadaannya. Kalau doh kelihatan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung roti. 2. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit lagi susu segar. 3. Doh cantik jika ia bulat elok dan tidak melekat. 4. Untuk memotong roti yang dah masak pula, gunakan pisau roti. 5. Roti kena betul-betul sejuk baru cantik potongannya. Selamat mencuba!
Tempe merupakan sumber protein yang diperbuat dari kacang soya. Pelbagai jenis hidangan berasaskan tempe boleh dihasilkan. Penggemar tempe boleh la cuba resipi-resipi ni..Sememangnya mudah dan sedap!
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
INFO CHEF: Jika suka boleh ditambahkan dengan hirisan daging atau ayam
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM5
SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris
2 biji kentang | hiris nipis
1 keping tauhu | potong dadu
1 keping fucuk | rendam dan potong kecil
Sedikit suhun | rendam
1/2 keping dada ayam | hiris nipis
4 batang kacang panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris
Sedikit hirisan kubis bulat
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 mangkuk santan pekat
1 sudu the air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
10 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak, goreng tempe, tauhu dan kentang sederhana garing. Angkat dan tos.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
Masukkan hirisan isi dada ayam, diikuti fucuk, kacang, lobak merah, cili merah dan hijau.
Seterusnya masukkan pula suhun dan bahan hirisan yang digoreng tadi. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Sedap, pedas dan lemak.
Anggaran kos: RM15
TEMPE GULAI DARAT BERSAMA TULANG
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe |potong empat segi
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jikasuka boleh goreng dahulu tempe sebelum dimasukkan di dalam gulai.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM5
TEMPE MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe | hiris lebar
3 biji telur itik
2 mangkuk santan kelapa
1 helai daun kunyit |simpul
1 batang serai |titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2cm halia
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, serai,daun kunyit dan asam gelugor.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
Setelah mendidih, kecilkan api dan pecah telur di dalamnya, satu persatu.
Selepas beberapa minit masukkan pula hirisan tempe dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Boleh juga menggunakan telur masin, jika suka. Cara memasak tetap sama.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM8
SAMBAL TEMPE BERSAMA KACANG TANAH DAN BILIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong dadu kecil
1/2 cawan kacang tanah | bersihkan dari kotoran
1/2 cawan ikan bilis mata biru
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam Jawa dan kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau hingga bahan tumisan pekat.
Akhir sekali, masukkan bahan goreng garing tadi, kacau rata dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi panas.
INFO CHEF:Simpan sambal dalam bekas kedap udara jika tidak sedia dihidangkan terus
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Pedas, manis dan ranggup
Anggaran kos: RM12
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Nasi Ayam pastinya antara hidangan kegemaran ramai. Ada banyak resipi yang anda boleh cuba. Ada yang susah dan ada yang ringkas. Bagi yang teringin nak makan tapi cari resipi yang simple, ini resipi yang anda perlukan. Yang sedang diet pun boleh cuba sebab menu ini tidak menggunakan minyak. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras | dibasuh bersih
2 ketul ayam
3 akar ketumbar
2 hiris halia
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang merah | dihiris
2 kiub pati ayam
6 cawan air
BAHAN SOS:
Sos thai secukupnya
3 biji cili padi | hiris halus
1 sudu teh kicap pekat
1/2 biji jus limau nipis
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, akar ketumbar, halia dan kiub pati ayam. Gaul rata.
Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Keluarkan ayam kemudian masukkan beras. Gaul rata.
Masukkan kembali ayam ke dalam periuk. Kemudian tutup dan masak seperti biasa.
Untuk sos, campurkan sos thai, kicap pekat, limau nipis, cili padi dan air. Gaul rata hingga sebati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.