Sedap dan lembut kuih talam lapis pandan ni. Bila buat sendiri, rasa manis boleh ikut citarasa sendiri.
Menerusi perkongsian resipi daripada Iedaa Jahaya ini, memang mudah untuk disediakan.
RESIPI LAPIS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
800ml santan sederhana pekat (saya guna santan segar) 1 ½ cawan gula kastor (kalau tak nak manis, kurangkan sikit) – beli online di sini Daun pandan ½ sudu kecil garam *Masak santan guna api sederhana, bagi suam-suam kuku je. Tutup api.
160g tepung ubi 80g tepung beras Santan guna semua baki yang ada *Sebatikan semua. Titis esen pandan dan pewarna hijau. Sebatikan semua dan tapis.
CARA BUAT:
1. Dah siap buat untuk 2 adunan. Masa untuk melapis pula. Panaskan kukusan.
2. Tuang 90ml adunan hijau ke dalam loyang 6 inci, kukus 7 minit. Teruskan melapis untuk lapisan hijau. Setiap lapisan kukus 7 minit. Buat untuk 5 lapisan. Ulang hingga habis.
3. Untuk lapisan tengah, adunan putih (jika ada pewarna putih, titis je 2 titik dalam adunan. Kalau tak ada, tak perlu letak. 4. Tuang 90ml lapisan putih atas lapisan hijau. Kukus 7 minit. Ulang hingga habis. Buat hingga 5 lapisan.
5. Lapisan akhir, hijau. Buat langkah yang sama juga. Lapis hingga habis. Lapisan akhir sekali kukus lama sikit, lebih kurang 20 minit. Dah masak sejukkan dulu. Baru potong.
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
Bentuk dan warna makanan adalah tarikan utama seseorang itu untuk menjamahnya, bila mata tergoda, selera melonjak untuk menjamahnya. Apa lagi anak-anak mesti suka punya, Mak-mak boleh cuba buat, boleh buat bekal anak ke sekolah. Selain sedap Loli Pop ini juga berkhasiat dan sangat mudah disediakan.
LOLI POP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mayones
Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Pecah telur dalam mangkuk dan campurkana mayones. Kacau rata.
asukkan parutan lobak merah dan daun bawang.
Tambahkan garam dan kacau lagi.
Panaskan kuali non stick, kemudian dadarkan telur hingga masak.
Keluarkan telur dadar tadi dan gulungkannya.Hiris lebih kurang 1 cm, kemudian cucukkan 3 hirisan telur pada lidi pencucuk satey seperti bentuk loli pop.
Namanya ikan masam, bukan ikan pekasam tau. Memang nampak hampir sama tapi ikan ini ada rasa unik tersendiri.
Rasanya masam kerana diperap menggunakan asam keping dan asam jawa. Bila goreng, efeknya seperti goreng ikan kering, harum bau satu rumah. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.
Nak buat sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais. Cara membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.
Cara buat ikan masam, lagi lama perap lagi sedap
Bahan-bahan:
1kg ikan
1 sudu kecil garam kasar
20 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
Gula secukup rasa
2 sudu besar air
Cara membuat:
1. Kembangkan asam keping, masukkan air dan dan asam jawa. Satukan dalam bekas.
2. Air tak perlu banyak kerana semasa perap ikan akan mengeluarkan airnya juga.
3. Perap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.
4. Jika agak kekeringan bila sudah diperap beberapa hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan semula.
5. Ikan ini boleh disimpan dan akan tahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais.
6. Cara menggoreng, basuh sedikit ikan sekadar nak bersihkan atau tak perlu cuci pun boleh. Kemudian terus digoreng.