Masakan mi goreng antara yang juadah yang paling senang dan cepat untuk dihidangkan kepada keluarga.
Kena pula dengan mi goreng basah yang menyelerakan, memang bertambahlah makannya.
Tapi macam mana nak bagi mi goreng basah bertambah sedap? Jom kita buat ikut resipi dan tips masakan oleh Suhasnida Ismail yang diperoleh daripada ibu mertuanya.
MI GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket mi kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih – beli online di sini
1/2 biji bawang holland – beli online di sini
2 sudu besar cili kering kisar – beli online di sini
Lauk – ikut citarasa termasuklah ayam cincang/udang/daging/telur
Sayur – sawi/tomato
TONTON Ayam Masak Bali
TONTON Macaron Teh Tarik
BAHAN SOS & PERASA:
5 sudu besar sos cili – beli online di sini
1 sudu besar sos tomato – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
1sudu besar kicap manis – beli online di sini
2 sudu besar kicap pekat – beli online di sini
1sudu besar sos ikan – beli online di sini
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula atau secukup rasa
½ sudu teh ajinomoto (jika suka)
1/2 cawan air
Dapatkan BD STAINLESS STEEL DOUBE SIDED CUTTING BOARD dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang holland dan cili kering kisar. Kacau rata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan lauk pauk. Tumis lagi. Letak sedikit air dan semua sos. Kacau sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Udang masuk kemudian pun tak apa.
5.Pecahkan telur dan masukkan mi. Kacau lagi sehingga semuanya bergaul rata.
6. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap!
*TIPS NAK MI GORENG SEDAP:
1. Guna sos-sos dengan mencukupi, jangan kedekut bahan.
2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat!
3. Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar-kasar.
4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mi. Ia lagi membangkitkan rasa.
Kredit resipi: Suhasnida Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: