Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring hasil air tangan sendiri tapi tak ada acuan? Usah risau, guna je acuan lompang yang ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pada resepi asal. Rasanya sedap macam yang dibeli dekat pasar malam. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.
PUTU LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
Kelapa
Tepung beras
Gula melaka
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.
CARA-CARA:
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
Ads
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
Ads
7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.
8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.
9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)
Ads
10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
NOTA: Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.
Resipi menggunakan pisang memang sering digemari. Selain dibuat cucur sedap juga buat apam pisang. Apam pisang santan ini tidak menggunakan telur. Rasanya memang tidak jemu makan.
APAM PISANG SANTAN Bahan-bahan: 1 cawan pisang yang dah dilecek halus 1 cawan brown sugar-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan (370gm) tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil baking soda 1 cawan santan Sedikit garam
Cara membuat: 1.Ayak tepung bersama baking powder, baking soda dan garam. 2.Campur pisang dan brown sugar,kacau sebati dan biar sekejap. 3.Masuk tepung dan santan,kacau sebati hingga tepung tak berbintil. 4.Isi adunan hampir penuh dalam acuan/papercup. 5.Kukus guna api sederhana selama 10 minit
Sardin roll dengan cara gulungan yang unik tapi mudah dipelajari. Boleh buat banyak stok untuk frozen dan hanya goreng jika ingin makan.
SARDIN ROLL FROZEN
BAHAN PASTRY:
4 cawan tepung
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
*campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit dan bulatkan doh.
Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna (wajib).
Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila hendak guna doh akan jadi lembut. Masa ini uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan cantik licin.
Buat doh kecik bulat saiz yang di ingini.
Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.
Untuk bahagian hujung yang tirus itu nipiskan sedikit. Bila gulung nanti tidak perlu letak air sebab isi akan melekat.
*(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
BAHAN INTI
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2 sudu makan cili giling-optional
Gula garam
Perahan limau nipis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
Tambah garam gula dan akhir sekali perahkan limau.
Masak sampai kering.
Hasil: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Kredit: Ellyna Abdul Aziz
Satu Tin, Seribu Resipi!
Sardin ni memang legend — senang, cepat & sedap. Dari sambal ke pasta, semua pun boleh!
Salah satu kuih muihMelayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mas Cotek ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI LEPAT JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
BAHAN MEMBUNGKUS:
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.