Step By Step Masak Rendang Ayam Style Orang Perak

Share

Kadang kala, resipi rendang mungkin nampak sama namun bahan dan kaedah yang digunakan berbeza mengikut tempat.

Menerusi perkongsian Ameera untuk rendang ayam, resipi ini adalah yang digunakan untuk membuat rendang ayam style orang Perak.

RENDANG AYAM STYLE ORANG PERAK

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ayam | dicuci bersih
2 sudu makan cili kering | dikisar – beli online di sini
3 asam keping – beli online di sini


2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
2 helai daun limau
1 helai daun kunyit | dihiris halus

BAHAN KISAR

5 batang serai – beli online di sini
1 labu bawang putih – beli online di sini
4 biji bawang besar
Kunyit hidup – beli online di sini
Lengkuas – beli online di sini
Halia

CARA-CARA:

1.Kisarkan bahan kisar sehingga hancur. Ketepikan.


2.Masukkan ayam ke dalam kuali. Kemudian, tuang bahan kisar tadi ke dalam kuali. Masukkan cili kering kisar dan asam keping. Kacau dan masak selama 20 minit.


3. Bila ayam kelihatan empuk, perlahankan api sekejap. Kemudian, masukkan kerisik. Gaul rata


4. Apabila sudah gaul sebati, masukkan gula, garam. Kacau lagi.


5. Kemudian, masukkan santan. Kacau. Masukkan daun limau purut. Pastikan di tengah urat daun, dibuang supaya tak rasa pahit.


6. Dah gaul sebati dan rendang nampak kering sikit, masukkan hirisan daun kunyit. Gaul selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi : Ameera

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff