Sekali rasa mi kolok, selalunya akan teringat-ingat kesedapan hidangan dari Sarawak ini. Cumanya di semenanjung memang tak banyak kedai yang menjual hidangan mi ini.
Jadi cara nak merasai lagi keenakan mi kolok ini adalah dengan membuatnya sendiri. Tapi sebelum buat, beli siap-siap mi kolok ini secara online. Mi ini memang tak dijual di kedai biasa.
Untuk cara membuatnya boleh ikut cara Fatyn Nur Syahira.
Katanya resipi mi kolok ini diambil dari peniaga di Pasar Satok, InshaAllah, sedap puas hati.Bahan untuk mi
Mi kolok (sebungkus boleh makan 4 orang)
Kicap manis
Kicap pekat ABC
Minyak masak
Bawang merah
Bahan untuk sup dan hiasan
Sup bunjut
Daging
Tauge
Daun sup
Cili merah besar
Bahan untuk cili kicap:
Cili padi
Bawang putih
1. Hiris bawang merah dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Celur mee sampai lembut. Angkat dan toskan. Bila dah kering air letak dalam mangkuk besar. Tuangkan kicap kipas udang, kicap mudim dan bawang goreng tadi ke dalam mee kolok. Kauntiti kicap hanya untuk mi nampak hitam saja. Gaul sebati. Ketepikan dulu!
3. Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Perasakan garam dengan serbuk cukup rasa. Siap untuk sup.
4. Tos daging dan potong.
5. Kisar cili padi 10 biji dan bawang putih 5 biji. Panaskan periuk, letak minyak dalam 3 sudu kemudian tumis sampai masak. Tuang kicap dalam 7 sudu sampai agak gelap . Perasakan garam dengan gula secukup rasa. Boleh lebihkan gula baru kick. Siap untuk cili kicap!
6. Akhir sekali masukkan mi yang dah siap celur tadi dalam mangkuk. Letak hirisan daging, daun sup, tauge celur, cili besar dengan cili kicap . Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Fatyn Nur Syahira