Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Daripada membazir, lebih baik anda hasilkan menu yang sedap dan mudah menggunakan bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang – dipotong
4-5 keping dada ayam – hiris kecil
2 biji telur
Sayuran kegemaran secukupnya (empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
4 sudu makan tepung ubi (bancuh dengan 1/2 gelas air) – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
Ads
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas atau apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.
3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.
Ads
4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.
Daging Bakar Ala Dannok Makan Pula Dengan Sos Pencicah Homemade, Sekejap Je Habis Sepinggan.
Daging bakar ala Dannok istimewa dengan rasa asli dari Thai yang menyelerakan. Daging yang diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa daging dan sos masam manis menmbahkan lagi selera.
Tak perlu lagi ke Thailand, buat sendiri kat rumah makan dengan keluarga tentu puas hati. Boleh makan sampai puas.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *
Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2minit sahaja ye.
Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah thai.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cuaca panas terik begini enak jika dapat meneguk air buah yang fresh.Kalau nak lebih fresh tak payah letak ais dan gula memang nikmat rasanya. Ikutlah kesukaan anda nak buat air buah apa, pilihlah buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Air mangga
Bahan-bahan: 4 biji mangga 2 biji mangga dipotong dadu untuk topping 1 tin krimer sejat cair Saji 2 cawan susu rendah lemak Ais secukupnya (Jika suka cair boleh tambahkan kuantiti air) Gula atau susu pekat boleh nak tambah tapi akak tak guna sebab nak manis original mangga Secubit garam nak rasa lemak
Cara membuat: 1. Kisar buah mangga, susu rendah lemak, susu cair dan sedikit ais kiub sehingga sebati. 2. Tuang ke dalam gelas atau jug dan letakkan ais, tambahkan topping kiub mangga yang dipotong dadu tadi di atas sekali. 3. Sedia untuk dihidangkan.
Rahsia mak-mak moden! Ketahui cara buat stok bahan kisar homemade yang tahan 3 bulan, jimat masa dan kekal wangi macam baru kisar. Sesuai untuk kerja harian yang sibuk!