Bagaimana untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam? Mengikut resipi yang dikongsi oleh Faizah, dia ikut petua maknya.Bancuh guna air panas. Jom tengok resipi cucur jagung caranya. Sedap sekali cicah dengan sos cili, sos blackpaper dan mayonis. Sulam pula dengan teh o panas memang terangkatlah.
Cucur jagung ni berongga, rangup, lembut, sedappp.Rasa jagung, bilis, udang dalam setiap gigitan.CUCUR JAGUNG
Bahan-bahan:
½ kilo tepung gandum-beli online di sini
Sebiji telur
Secekak kucai – potong 1cm
2 tongkol jagung segar
Segenggam ikan bilis-beli online di sini
Segenggam udang kertas – cincang kasar
2 labu bawang besar – belah 4, hiris nipis
4 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk kunyit-beli online di sini
Maggi cukup rasa
Garam halus
Air panas secukupnya
Cara membuat:
1.Hiris isi jagung segar dari tongkolnya. Satukan semua bahan dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.
2.Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3.Sedia untuk dihidang.
Tip
Kredit: Faizah Binti Abdul Hamid