Nak Daging Masak Kicap Lembut Hasilnya, Ikut Cara Masak Mak Mentua

Share

Selain ikan dan ayam, daging masak kicap juga antara menu harian yang selalu dihidangkan.

Cuma selalu berlaku, dah siap masak dagingnya pula liat hingga susah nak makan. Sudahnya lauk daging ditolak ketepi.

Bagi memastikan lauk daging masak kicap kita elok lembut dan sedap, apa kata cuba praktikkan cara memasak yang dikongsi oleh Ben Safwan ini pula.

Ujar Ben daging masak kicap ini adalah resipi ibu mentuanya. Ia bukan saja sedap tapi cara masaknya juga menghasilkan daging yang cukup lembut.

Bahan perapan :

500 gram daging lembu- dihiris nipis melintang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat beli online di SINI


1/2 sudu makan gula
1 1/2 sudu teh garam

Bahan tumis

1 batang kecil kulit kayu manis beli online di SINI
3-4 biji buah pelaga
2 1/2 sudu makan bawang merah & bawang putih + halia kisar
1 1/2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa beli online di SINI

Cara membuat:

1. Gaul dan perap daging 10 minit bersama bahan perapan.

2. Dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sampai naik bau. Barulah masukkan 2 1/2 sudu makan bawang merah + bawang putih+ halia kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

3. Seterusnya baru masukkan daging dan kacau sesekali menggunakan api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging.

4. Tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambah air asam jawa ( 1/2 sudu makan asam jawa).

5. Sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam, tambah secukupnya. Siap!

Hasilnya daging terasa lembut dengan cara masakan begini.

Selamat mencuba.

Sumber: Ben Safwan

Published by
Rose