Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah.. Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.
Apakah kelebihan beras parboiled?
Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!
Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?
Ads
Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.
Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
Selain ketupat,nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk hari raya nanti. Pastinya untuk mendapatkan hasil yang elok, nasi impit perlu direbus lama. Boleh guna petua ini untuk jimat gas. Buat anda yang tiada pressure cooker boleh buat cara begini.
Cara Rebus Nasi Impit:
1.Rebus air sampai mendidih kemudian masukkan nasi impit.
2.Masak selama 10 minit, tutup api.
3.Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
4.Selepas 30 minit buka balik api selama 5 ke10 minit, ikut keadaan nasi impit tu.
Siapa sini peminat makanan Jepun? Kalau pergi ke restoran makanan Jepun pasti sushi jadi kemestian. Boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata cari bahan-bahan dan buat sendiri. Tambah pula PKPB ni kita semua perlu stay safe di rumah. Pastikan inti sushi dari bahan-bahan segar supaya dimakan nanti terasa keenakkannya.
SUSHI BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras sushi
Cuka sushi
Minyak jagung
Seaweed/nori
Bamboo mat
BAHAN INTI:
Sayur (timun, salad)
Filling ( ketam, telur, tuna, ayam)
Mayo ( guna kewpie japanese mayo. Sedap)
*Bahan-bahan inti dipotong memanjang
*Nak mudah untuk inti boleh saja guna tuna mayo dan aneka jenis sos kewpie untuk variasi rasa yang berbeza
CARA PENYEDIAAN:
1.Rendam beras 10 ke 15 minit. Masak macam beras biasa, 1 cawan beras, 1 cawan air. Letak minyak jagung sikit untuk kurangkan sticky nasi tu nanti.
2.Lepas nasi dah masak, tunggu dah warm baru masukkan cuka. Cuka boleh adjust terpulang cita rasa masing-masing. Gaul-gaul bagi rata cuka tu.
3.Nak gulung sushi bagi nampak cantik, pastikan nasi rata sampai kiri kanan nori dan tinggalkan ruang kosong dalam 1 ruas jari di hujung nori . Jadi bila gulung cantik sampai hjung. Nasi pastikan tak tebal sangat.
4.Selebihnya, letak bahan dan gulung je mcm biasa.
5.Tunggu dalam 5 minit untuk nori itu lembut sikit dan senang dipotong
Apabila semakin hampir tibanya bulan puasa dan raya ni, makin ternampak-nampak makanan yang jarang-jarang kita makan. Walaupun ada di sesetengah tempat, ketupat ini sentiasa ada dijual, namun perasaannya mesti lain jika dinikmati pada hari raya.
KETUPAT KACANG
BAHAN UTAMA
1 cawan kacang merah
CARA PENYEDIAAN KACANG MERAH
1. Rendam 1 jam atau lebih.
2. Rebus dengan 1/2 sudu kecil garam sehingga lembut dan toskan.
BAHAN BERAS PULUT
1 kg beras pulut
CARA PENYEDIAAN BERAS PULUT
1. Rendam 20 minit.
2. Cuci bersih dan toskan.
BAHAN LAIN
• 4 cawan santan pekat
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar minyak (jika guna santan kotak)
• 3 helai daun pandan
• Daun palas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masukkan santan pekat, gula, garam dan minyak masak dalam periuk. Panaskan sambil dikacau selalu. Masukkan jugak daun pandan yang disimpul rapi.
2. Masuk beras pulut dan kacau sampai santan kering.
3. Masukkan kacang merah dan kacau lagi. Adunan ini memang mentah.
4. Tutup api. Sejukkan sekejap dan boleh dibalut dengan daun palas.
5. Rebus seketika dan angkat.