Nak Diet, Elok Kalau Guna Beras Rebus Atau Parboiled Rice. Tinggi Khasiat Rasa Pun Sedap!

Share

Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah.. Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.

Apakah kelebihan beras parboiled?

Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!

Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.

Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?

 

Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.

Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.

So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!

 

Sumber: ainulmustafa.com

 

CUBA JUGA RESIPI INI:

Published by
Mastura Abu Kassim